Monday, September 5, 2011

Baju Raya Mijah Sekeluarga :)

 Ha~ Nak tengok Baju Raya Mijah yang NANA dah jahit tu? Ni pon NANA upload dari FB Radzy :) 

Seronok tengok orang lain pakai baju yang NANA jahit..  :)
LIKE.. LIKE..
Baju Kurung Izzati 

Baju Melayu Harith


Semua baju ni NANA jahit kecuali Baju Melayu  Dewasa yang Radzy pakai..

Kot2 tahun depan NANA leh Jahit Melayu Dewasa lak, Amin~ huhuhu :)



Thursday, September 1, 2011

Baju Kurung Keluarga NANA :)

Alhamdulillah.. Hari ini adalah 4 Syawal 1432 Hijrah bersamaan 2 September 2011, Jumaat.
NANA dah mula datang opis, saja kerja hari ni.
 Jom tengok gambar Baju Raya yang NANA dah jahit. 

Tahun ni Baju Raya NANA ada 3 pasang. Baju ni NANA pakai kat opis hari ni, tapi sunyi je opis sebab tak ramai yang mula kerja lagi. 

 Ini adalah Baju Kurung Riau. :)

Baju kedua NANA ni jarang, nanti kena pakai 2 lapis yer :) 

 Untuk bahagian lengan, NANA letak getah.

 Getah di jahit Zig Zag.

 Baju raya kedua NANA warna Turquoise. Kain ni Kok Lin beli masa pergi Yogyakarta, Indonesia.
Kok lin beli 4 jenis warna berlainan. Nanti NANA tunjukkan. 

 Saja tambah manik kat tengah badan :)

Ni pulak baju Kok Lin. NANA jahit Caftan. Senang dan yang penting NANA rasa, CANTIK sangat. :) huhuhu...

 Indah terbentang.. tapi ingat, kena pakai t shirt inner yer..

 Ni baju Kok Lin, warna merah jambu.

 Nana jahit manik kat tengah badan.

 Baju coklat ni untuk adik NANA, Nabilah.

 Baju yang dijahit, Baju Kurung.

 Baju ni pula, untuk Leha.


 Ni baju Mak, Baju Kurung Pahang.

 Yang ini Baju Kurung biasa untuk Aisyah.

Untuk Aisyah juga ni.

NANA dah siap jahit semuanya 9 pasang Baju Raya. Harap boleh jahit Jubah untuk Abah dan Akif lepas ni, Insya Allah.