Thursday, August 23, 2012

Aku CINTA kamu, MESIN JAHIT :)

Ahaks.. Inilah CINTA hati NANA, yang selalu membantu NANA, keluarga dan kawan-kawan bila dalam kesusahan. Dia juga selalu teman NANA bila rasa boring dan sedih, bila tak ada siapa temankan NANA, dilah yang selalu ada :)


Seronok dan rasa bahagia sangat bila bersamanya :) Terima Kasih kerana sentiasa di sisi NANA.. <3

Baju Melayu Junior

Tahun ni jugak NANA dah jahit baju melayu untuk kanak-kanak 5 pasang. 3 pasang untuk anak Leha, 1 pasang untuk anak Mijah, dan 1 pasang untuk anak Zura, member opis. Leha dan Mijah ni adik NANA. Cheh~ sibuk jahit untuk anak orang jer, bila nak jahit untuk anak sendiri? Aiseh.. anak tekak jer ada wat masa ni.. hehehe..

Baju sebelah kanan tu, baju anak Zura. NANA jahit baju ni ikut contoh baju raya Harith yang NANA jahit tahun lepas. Saiz baju ni untuk baby lelaki umur bawah 1 tahun.

Yang ini baju anak Leha, yang atas sekali baju Aidil 6 tahun, pastu baju Amirul 4 tahun dan bawah sekali baju Che' Mat bawah 1 tahun.


Yang ini pulak baju anak Mijah. Yang atas sekali baju kurung Izzati 5 tahun, (NANA jahit baju je, sebab kain tahun lepas leh pakai lagi, hehe) pastu baju Harith 2 tahun dan bawah sekali baju Baby Yani yang bawah 5 bulan kot. 

Ini baju raya Mijah.


Sebenarnya NANA dah jahit baju kurung Kok Lin, Leha, Aisyah, Nabilah dan NANA sendiri. Baju jubah Akif pon ada, tapi semua ni tak sempat nak tangkap gambarnya. Penat sangat bertungkus-lumus jahit bulan puasa hari tu. Nanti ada masa NANA ambek gambar dorang dan upload dalam blog ni.



Jubah Raya Abah



Raya tahun ni dapat lagi NANA jahit baju untuk keluarga NANA.

 Percubaan pertama untuk tahun 2012 ni, NANA cuba buat jubah untuk Abah NANA. Hehe.. jadi tu memang jadi, tapi tak ada poket. Abah komplen "kenapa ko tak letak poket?" NANA jawab..."ni 1st time NANA jahit jubah, mana NANA reti letak poket, tapi jubah untuk adik Akif dah ada poket. Lenkali NANA jahit jubah untuk abah lagi, NANA letak poket yer".. hehehe.. senang jer jawapan NANA. :)



 Ni  je contoh jubah yang paling senang dan selamat.

Kain yang dah di potong.
Tara... dah siap pon.. Nampak memang simple, tapi agak azab nak menjahitnyer, sebab jubah pertama lah katakan. Lepas ni NANA nak buat jubah untuk diri sendiri lak.. hehehe..  :)