Kali ni aku jahit guna kain baru dari Shirly.. Kain pre-order 1 meter RM20.00 kalau dah sampai kedai, harga jualan RM25.00 untuk 1 meter.
Kali ni aku beli untuk pre-order total RM200 untuk 10 meter.
Okeh.. ni kain pertama yang aku jahit.
Upin Ipin beli 1 meter je.
Dapat jahit untuk tengkolok dan sampin saiz budak 5 tahun.
Tengkolok Upin Ipin.
Pandangan pelbagai sisi.
Ini sampin Upin Ipin dan kawan-kawan. Aku nak buat untuk Zayyad sebenarnya, Tapi Zayyad cakap ada gambar MeiMei perempuan, nanti kawan kat sekolah ejek.
Ek eleh... entah-entah Zayyad yang suka ejek orang.
Seluar Upin Ipin.
Baju Upin Ipin.
Banyak jugak dapat walaupun cuma guna 1 meter.
Fabrik kain sedap macam kain jersi.
No comments:
Post a Comment