Wednesday, July 5, 2017

Baju Jalan Raya Zayyad 2017

Selamat Hari Raya.
11 Syawal 1438 H.

Tahun ni kami sekeluarga tak beli baju raya baru. Tapi, demi nak merayakan anak aku ni, aku gagahkan juga untuk jahit baju jalan dia. Baju melayu tahun lepas Zayyad masih muat lagi, sebab tu tak beli baru untuk tahun ni. Aku dan suami masih pakai baju lama yang macam baru lagi. (baju nikah masih cantik menawan)

Masa bulan puasa, aku ada beli kain jenis Knit Cotton @ kain jenis untuk jahit T-Shirt. Kain ni sejuk dan sesuai nntuk buat blouse gak. ( Gambar blouse aku upload lainkali).

Harga pon murah sebab beli direct kat supplier dari group Facebook.
Seronok anak aku bila dapat baju baru, aku pon seronok sebab dah jimat banyak daripada beli kat kedai.



Robocar Poli.. here we go....


Mc Queen.. cak..cak..


Sebenarnya ada banyak lagi yang dah siap jahit dari kain Knit Cotton ni.. tapi tak sempat nak ambil gambar. Nanti klu ada masa, aku upload lagi.

Monday, May 8, 2017

Jeans Recycle

Dengan menggunakan seluar jeans lama laki aku, maka terhasilah lagi barang kraft ciptaan aku. Memang seronok bila dah siap jadi beg macam ni.

Tapi, yang sedihnya mesih jahit rosak sebab jahit tebal sangat. Mesin jahit aku jenis portable untuk kegunaan biasa je. Tapi bila dah jahit tebal-tebal, jahitan tu jadi lompat-lompat. Hmmm.. kena anta servis kat umah mak. :(

Dino Soft Toy





Projek kali ni aku buat Dinosaur. :)


Yang kecil Harith punya, yang besar Zayyad punya.

Baju Melayu Tariq 2017

Bulan lepas aku ada menjahit baju melayu  untuk anak Zura yang umur 5 tahun kot (haha, aku pon lupa umur dia). Tahun 2012 pon pernah jahit gak baju anak Zura ni.

Alhamdulillah.. dah siap pon. Baju ni untuk dipakai di taska pada setiap hari Jumaat.

Insya Allah moga makin banyak aku menjahit lagi lepas ni.. :)


Friday, April 14, 2017

Beg Solat dan Botol Air

Ni saje nak update Beg Solat yang di minta oleh akak aku. Sebenarnya aku offer akak aku Beg Botol Air, tapi dia minta Beg Solat plak.. Hadiah kasih sayang :)

Beg Solat 
Ni bekas Botol Air aku
Sudahnya, aku jahit Beg Botol Air untuk dan Zayyad je. Tapi gambar Zayyad punya nantilah aku update, lupa nak ambil gambar.

Rajin lagi

Kali ni aku jahit Nursing Pad untuk adik aku. Fabrik cover guna kain Cotton Flannel, fabrik dalam guna kain dari baju t-shirt lama. Recycle la kan, buat apa membazir :) hahaha


 Ha, aku dah pandai jahit stokin sendri :) Pola dari internet kat SINI. Boleh pakat-pakat jahit ye, ada yang sudi kongsi ilmu. Moga Allah murahkan rezeki beliau :) Insya Allah.



Cloth Pad


Pernah dengar Cloth Pad tak? Ha.. ni nak bagi tau.. Orang tua dulu-dulu masa datang bulan @ period mana ada guna pad @ sanita bagai. Mereka guna kain batik lama yang lipat-lipat je, pastu dah guna basuh.

Zaman sekarang sebab teknologi dah maju dan  berkembang guna pad yang macam-macam jenama kat pasaran. Tapi rupanya kat luar negara omputih yang lebih maju dari kita kat Malaysia ni, mereka guna kain semula sebab lebih mementingkan alam sekitar.

Jangan risau BOCOR ye, sebab dalam Cloth Pad ni ada fabrik Pul untuk elakkan masalah kebocoran.

Cloth Pad yang aku jahit memang tebal. Ni aku ada terangkan lapisan yang aku guna...

  1. Lapisan  Minky Flecee  
  2. Lapisan  Bamboo Fleece 
  3. Lapisan  Microfiber 
  4. Lapisan  Kain Pul (plastik)
  5. Lapisan  Kain Cotton (corak)


Bagi aku yang baru sedar kebaikan Cloth Pad ni, banyak kebaikan yang aku alami. Memang jimat lah, bulan-bulan dah tak payah beli pad lagi :) hahaha

Mulanya akak aku yang pakai dulu. Dia beli kat online je, harga memang mahal sebab fabrik yang digunakan memang mahal. Banyak lapisan dalam Cloth Pad tu. Pastu akak aku suruh aku jahit untuk dia dan cadangkan untuk aku buat jualan.

Alhamdulillah, aku dah mula jahit Cloth Pad ni. Nanti ada masa aku jahit lagi, ni lah hasil Cloth Pad yang dah berjaya dijahit dan telah dipakai oleh adik-beradik aku. Jual kat adik beradik dulu. Nanti rajin jahit banyak-banyak, bleh jual kat orang lain lak, hahaha :)


Ini  yang First Bath, aku jahit saiz Panty Liner.

Panty Liner aku jahit ni.. Bukan dari pakcik Google ye.. hahaha..

Ini  saiz Maxi untuk aliran banyak (Heavy Flow)

Saiz Maxi ni selesa.. Tengok sendiri la saiznya :)
Contoh lipatan kalau dah guna. Lipat kat sayap dan tekan snap button pada panty. Kukuh macam korang pakai maxi wing pad tu, cuma yang ini tak de gam, guna snap button untuk lekapan je.

Ini Maxi untuk Aisyah
Yang bestnya, Cloth Pad ni sama macam pad biasa je. Basuh la kalau dah guna. Tak ada alasan susah nak guna, sebab kalau kat pejabat @ travel keluar pon masih boleh guna dan basuh. Bila dah basuh, perah dan masukkan dalam Pul Bag. Pul Bag ni dari fabrik plastik, jadi air tak meresap keluar @ bocor.

Pul Bag ada tali, senang nak gantung dalam tandas.

Projek Kraft


Ini Bantal Gitar Ikea yang mahal.

Ini Bantal Gitar yang aku jahit sendri. Ha... boleh la kan.. fungsi pon sama gak, boleh buat peluk-peluk.



Pola buat bantal tak ada ye.. Teknik cuba jaya je.. Alhamdulillah berjaya gak :)