Showing posts with label manik. Show all posts
Showing posts with label manik. Show all posts

Wednesday, June 20, 2012

Manik untuk Officemate Aisyah



Alhamdulillah dapat jugak update blog hari ni, dah lama sangat senyap. Bukan apa, NANA malas nak upload gambar jer, setakat ni tempahan memang berjalan macam biasa. Baru-baru ni NANA ada jahit Baju Kurung 2 pasang, Baju Pesak Gantung 2 pasang dan jahit Manik pada lengan baju 2 pasang gak. Alhamdulillah masih diberi kepercayaan untuk menjahit lagi, Terima Kasih pada officemate adik NANA, Aisyah.

Inilah hasil jahitan manik yang telah siap. Tapi, jahitan baju kurung tak ada gambar lak, malas nak amek gambarnya hari tu, sebab siapkan dalam keadaan tergesa-gesa. Insya Allah, kalau ada kesempatan lagi, NANA akan upload gak tempahan baju yang berjaya disiapkan :)






Ha.. ni ajelah gambar jahitan manik pada hujung lengan baju kurung :)

Monday, August 1, 2011

Jahit Baju Kurung dan Manik untuk Siti Rohani

Ni pula baju Siti Rohani.

NANA jahit kurung biasa. Gambar tak sempat ambil. 
Cuma dapat ambil yang NANA jahit manik jer..

Jahit maik untuk hujung lengan baju.

Sunday, May 22, 2011

Jahitan Manik Bunga Untuk Siti : Part 2

Alhamdulillah..
 Seperti yang dirancangkan, NANA berjaya juga siapkan jahitan untuk 1 lagi baju untuk Siti.




Bahagian hujung lengan baju.

 Bahagian Hujung lengan baju yang dilipat.

  



 

Alhamdulillah.. Lega dah siap.. :)

Thursday, May 19, 2011

Jahitan Manik Bunga Untuk Siti


Alhamdulillah...

Satu lagi projek telah siap di jahit. Kali ni NANA dapat 2 helai baju untuk dijahit manik. Satu dah siap, yang nilah pon.. Dan satu lagi akan di jahit pada hari Sabtu nanti, esoklah  maknanya..  Insya Allah, moga  NANA dapat siapkan dengan baik.

Tempahan manik kali ni, daripada SITI  dan kakaknya.  Baju kakak dah siap, baju Siti belum lagi. Lagi 2 hari boleh lah ambil yer..

Add caption


  



 


 Dah siap satu, satu lagi belum siap... :) Macam pening pun ada..
Tuuuunnggggguuuuuuuuu!!!!!!!!!

Sunday, May 8, 2011

Manik Untuk Rasilah

Salam semua.. Alhamdulilah NANA dapat tempahan Jahit Manik lagi. Dan, Alhamdulillah juga NANA dah berjaya siapkan jahitan. Baju ini daripada RASILAH. 


Terima Kasih untuk Rasilah.. Moga berpuas hati dengan hasilnya..



Keterangan gambar :

1. Corak dari Internet.

2. Jahitan yang NANA jahit.. Olley..


 Jahitan Manik yang diminta adalah bahagian bawah baju.



 

  NANA ada jahit extra untuk bahagian lengan. Saja-saja tolong jahitkan, kalau tak nak, boleh buka.. huhuhu.. Pandai-pandai pulak usik kain orang yer.. :)

Jahit extra untuk lengan. Jahit sikit jer pon...

 Terima Kasih kerana tempah jahit manik dengan NANA. 
Untuk yang lain, sila-silah hantar baju untuk NANA jahitkan.. 

Tempahan Masih Dibuka..

Sunday, April 24, 2011

Manik Bunga Untuk Raihana


Alhamdulillah.. siap juga jahitan untuk RAIHANA.. Moga berpuas hati dengan hasil jahitan ni, Insya Allah.


Keterangan Gambar :

1. Corak manik yang NANA jahit adalah inspirasi dari corak INTERNET, 
seperti dalam gambar kecil di bawah ni.

2. Corak Manik yang NANA jahit sendiri.


NANA dah cuba buat yang terbaik. Dan, inilah hasilnya.

Bahagian Bawah Baju dan Lengan Baju

Close Up Lengan Baju



Sekian, Terima Kasih.. 

Wednesday, March 30, 2011

Corak Manik dari Internet

Susah nak dapatkan design untuk jahit manik? Di sini NANA ada tunjukkan contoh jahitan manik yang NANA dapat dari Internet.

Pilih atau padankan yang mana berkenan, lepas tu, NANA jahitkan... dan... ANDA bayarkan...

Sila.. Sila... Silalah... :)

Kalau nak suruh NANA buat design baru pun boleh.. Cakap saja, Insya Allah, NANA akan cuba sedaya boleh.. Chaiyok..Chaiyok.. 

Tempoh jahitan untuk satu baju dalam 3 hari.. Cepat siap, boleh pakai cepat..

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17