Showing posts with label Kraft. Show all posts
Showing posts with label Kraft. Show all posts

Wednesday, August 12, 2020

Beg lagi

Beg yang sama lagi.. Aku tak tau nak bagi nama apa beg ni.. 
Ni aku jahit untuk Mijah dan anak-anaknya.



Ada lebihan kain, aku jahit casing untuk barang mainan Zayyad.
Casing lama dah uzur, ni aku buat ukuran sendiri dan jahit..
Tara..


 

Extended Face Mask

Sebagai langkah berjaga-jaga membendung Covid 19, aku jahit extended face mask guna snap button.
Banyak juga dah siap jahit, tapi tak sempat nak ambil ambar.. ni je yang sempat .. huhu.



 

Beg Tilam Angin

 Beg Tilam Angin yang boleh memuatkan tilam saiz king, queen, pam manual dan pam elektrik.

Aku guna alas span size 6mm kat bahagian dalam.. beli span kat Shopee RM10.00 semeter. 




Wednesday, July 22, 2020

Disable Seat Cover : Anak Kawan Pejabat

Alhamdulillah berjaya jahit 3 sarung kerusi anak istimewa.
Customer kali ni ialah abak kawan di pejabat.
Aku ambil upah jahit, span, snap button RM70.00 satu set.
Kain ni customer punya.












Ni ada perca kain dan span yang lebih.. 

aku jahit untuk sarung cover mesin jahit.

Dapat 2 ketul bantal lesung.



Monday, July 23, 2018

Inner Lengan, Skirt dan Seluar Sukan Patuh Syariat

Projek cuti minggu lepas. Order dari adik ku, Nabilah yang minta buatkan inner lengan baju dan skirt hitam untuk pakai pergi kerja dan jalan-jalan.

Mulanya aku beli kain remnant je, tapi tak cukup untuk jahit inner sebab ira kain tak cukup. Untuk kain remnant, aku dapat jahit seluar sukan dan skirt pink sahaja.


Untuk inner dan skirt warna hitam ni aku guna 2 meter beli kain baru. 
Jahit untuk adik ku Cik Bella @ Nabilah.

Ada potensi jadi model tak? Baju dan seluar yang aku pakai tu pon aku jahit sendiri gak.
Tak ingat bila aku beli kain ni. Guna 1 meter je, ngam-ngam untuk aku sorang. Dapat seluar pendek paras lutut dan t shirt lengan pendek untuk pakai di rumah.

Ni kain remnant memang saiz ngam-ngam dapat 1 skirt ni je. 
Jahit untuk adik ku Mijah pergi zumba sumbi 😊


Ok la kan.. tak adalah singkat kalau pakai dengan t shirt dan jeans. 
Baju belang ni aku jahit sendiri juga, untuk pakai di rumah.

Seluar sukan kain knit cotton @ dari jenis kain t shirt. Sangat selesa, sejuk dan yang penting patuh syariat tak ketat ye. Tak macam yang orang jual kat pasaran tu, ketat tersembul.
Guna 1 meter kain je, bidang besar sebab tu muat untk buat skirt sekali.
Ni memang limited, jahit untuk Mijah juga.



Kain jenis sama tapi jahit untuk adik ku Aisyah.


Ni jahit untuk diri sendiri 😝😝😝

Boleh pusing kiri ke kanan ye.. Fleksibel..

Selit order untuk kawan pejabat, Kak Ara minta buatkan purdah sebab nak pergi Haji minggu depan.
Insya Allah aku akan kesana juga, Amin..




Sarung Tilam baru

Kain ni dah beli lama.. tapi baru ada mood menjahit.
Tak ingat beli berapa meter, tapi dapat jahit 4 sarung bantal besar, 
1 sarung bantal peluk dan 1 bantal kecil. 

Ni untuk set bilik aku dan suami.


 Ni pula untuk anak kesayangan mama.. Zayyad suka Bumblebee... Bagus juga jahit sarung tilam gambar katon macam ni. Zayyad baru umur 4 tahun, dah boleh tidur sendiri dalam bilik dia. Cuma kena teman masa mula nak tidur je, bed time story sikit kisah Nabi atau kisah-kisah teladan. 
Lepas Zayyad dah lena aku bangun tidur bilik aku pula. 😚😚😚


Sarung bantal Cik Cah


Kali ni aku jahit sarung bantal untuk adik aku pula, Cik Cah.

Ada 4 sarung bantal besar, 2 sarung bantal peluk. 



Akhir sekali, ada kain lebih aku jahit tote bag 😍😍😍



Monday, July 2, 2018

Beg Solat untuk Mak dan Kak Ju

Jahitan untuk beg ni aku guna kain jenis  Kanvas. 
Kain ni tebal sesuai untuk jahit cushion, langsir dan beg.

Semua beg yang dijahit menggunakan 1 meter kain sahaja.
Hasilnya.. dapatla 3 beg yang berzip dan 2 tote bag, serta 2 beg kecil untuk letak duit syiling. 


Beg ni mak yang minta untuk letak beg duit, senang nak pergi pasar beli barang.


Ni pulak beg untuk Kak Ju yang dah bersara minggu lepas. Kak Ju minta beg untuk letak telekung solat. Suka Kak Ju dapat beg ni 😍😍😍




Monday, June 18, 2018

Alas kain kain perca knit cotton

Disebabkan aku sayang nak buang kain perca knit cotton  ni, maka aku pon dengan rajinnya buat alas kaki. Ha.. berguna jugak tau walaupun kain perca. 

Aku dah buat alas kaki macam ni 6 keping tau..



Monday, May 8, 2017

Jeans Recycle

Dengan menggunakan seluar jeans lama laki aku, maka terhasilah lagi barang kraft ciptaan aku. Memang seronok bila dah siap jadi beg macam ni.

Tapi, yang sedihnya mesih jahit rosak sebab jahit tebal sangat. Mesin jahit aku jenis portable untuk kegunaan biasa je. Tapi bila dah jahit tebal-tebal, jahitan tu jadi lompat-lompat. Hmmm.. kena anta servis kat umah mak. :(

Dino Soft Toy





Projek kali ni aku buat Dinosaur. :)


Yang kecil Harith punya, yang besar Zayyad punya.

Friday, April 14, 2017

Beg Solat dan Botol Air

Ni saje nak update Beg Solat yang di minta oleh akak aku. Sebenarnya aku offer akak aku Beg Botol Air, tapi dia minta Beg Solat plak.. Hadiah kasih sayang :)

Beg Solat 
Ni bekas Botol Air aku
Sudahnya, aku jahit Beg Botol Air untuk dan Zayyad je. Tapi gambar Zayyad punya nantilah aku update, lupa nak ambil gambar.