Tuesday, December 11, 2018

Koleksi kali ini


Koleksi baju yang siap dalam masa 1 minggu.
Waauwiii 💟💟💟

Jahit sambil isi masa lapang hari cuti minggu, jahit masa malam kalau tak ngantok.. 😄😄😄
Sebab kalau malam, biasa aku memang tido awal pon.. 

Maka, inilah hasilnya..
Tadaa...

Sewater with hood : Zayyad 4 Tahun

Transformers : Zayyad 4 Tahun



SAM fireman : 4 tahun (anak kawan pejabat)
  
Day dress with panty diaper: Hana  1 tahun

Day dress with panty diaper: Hana  1 tahun

Day dress with panty diaper: Hana  1 tahun

Long Pant with sleeveless : Hana  1 tahun

Day dress with Long Pant : Hana  1 tahun

Long Pant with sleeveless : Hana  1 tahun





Teddy Baby Melon untuk Hana lagi

Baju kembang setaman untuk Hana.

Ada Panty diaper lagi.


Ada seluar panjang juga.




Ha.. sama kan macam baju kat entry sebelum ni.. 
Mestilah sama, sebab kain campur-campur 😛😛😛

Inilah dia teddy baby tu..💕💕💕


My little PONY Hana

Baju untuk Hana 1 tahun 1 bulan lagi.
Mak ngah jahit special untuk anak buah kesayangan Mak Ngah ni. 

Day dress dan inner short yang dipakai dengan diaper.


Seluar panjang dan  t-shirt sleeveless.

Day dress ruffle layer kembang setaman.

Tara.. Pony hana 💖💖💖

Hadiah untuk Cikgu Zayyad

Jahit bag untuk cikgu sekolah Zayyad. 

Saja bagi hadiah untuk cikgu, banyak jasa cikgu-cikgu ni didik dan jaga Zayyad.
Alhamdulillah dapat cikgu dan sekolah yang baik. Moga Allah rahmati jasa cikgu semua.

Beg ni boleh isi telekung solat dalam kereta. 
Ada zip dan tempat untuk pegang, ada snap button kat pemegang tu.


Beg ni pulak untuk mak letak barang-barang nak pergi jalan pergi pasar. 
Dah lama mak minta buat, baru siap akhirnya.. 
Ikut mood juga nak buat, hahaha 😘😘😘

Fireman : SAM

Tempahan jahit baju daripada kawan pejabat untuk anak  dia yang berumur 4 dan 2 tahun kot..

Siap jugak akhirnya, lama dah order sebenarnya. 
Biasalah kalau jahit ikut mood ni, kalau tak de mood memang tak boleh jahit kan.. 😜😜







Tranformers

Jahit baju untuk Zayyad lagi. 
Baju ni untuk di pakai kat sekolah dan buat basahan kat rumah. 


Semalam basuh, keringkan dan siap masuk dalam beg sekolah.
 Zayyad cakap nak pakai balik sekolah nanti. Hurm.. yelah Zayyad.. 😉😉😉


Bercuti di Genting Highland

Minggu lepas kami sekeluarga bercuti di nun.. jauh diatas bukit. Nak rasa suasana sejuk ala-ala salji oversea gitu.

Kami pergi Snow Wold, suhu -6 darjah celcius. Sejuk woo.

Nilah baju yang aku jahit sendiri, khas untuk dipakai ke Genting Highland ada 

Cuaca sejuk masa naik cable car, tapi bila dah sampai puncak kat atas tu, cuma boleh main indoor game saja, sebab outdoor masih under construction lagi.

Apa pun jalan-jalan kali ni memang best, Alhamdulillah semua gembira.


Kepenatan berjalan seharian.. Game Over 😜😜😜



Thursday, December 6, 2018

Rabbit untuk Hana



Dulu ada jahit baju guna kain rabbit ni, di sini
Ni ada kain perca yang aku jahit baju untuk Hana pula.

Sesuai untuk Hana yang lasak dan kuat peluh.
 😍😍😍


Baymax : Big Hero 6

Baju sweater untuk Zayyad. 

Kami sekeluarga suka cerita katon ni. Best sangat. 
Jadi, bila pergi keadi shirly dulu, nampak kain ni, apa lagi.. beli jelah..

Alhamdulillah da siap jahit baju ni.
 Tapi tak ada zip, aku guna snap button besi yang jahit tu saja.





Hi.. i'm Baymax 😍😍😍

Sunday, December 2, 2018

Day Dress untuk Hana

Panas dari oven.. 
Baru jahit petang semalam. 
Alhamdulillah percubaan pertama untuk baju Hana 1 tahun 1 bulan.


Baju pink  sebelah kiri tu adalah baju contoh Hana. 
Macam yang aku jahit lagi cantik kan? Hahaha..

Close-up baju yang Mak Ngah jahit.. Special untuk Hana.
Nanti Mak Ngah jahit lagi banyak-banyak macam ni ye..

Sunday, November 25, 2018

Baju sekolah untuk Zayyad





Zayyad minta baju melayu untuk pakai ke tadika hari jumaat. 
Untung mak dia tukang jahit, order je..😉😉


Kain putih ni lebih daripada kain yang aku pernah jahit untuk anak buah tahun lepas. Dah setahun aku peram,  pastu jahit untuk Zayyad pula.

Sampin corak dinosaur. 
Mulanya Zayyad minta sampin warna hijau, tapi kain hijau dah abis aku jahit beg.
Makanya, guna saja kain yang ada. 😜😜😜

Dah pandai dah jahit poket baju melayu, cuma kena kemaskan saja di masa akan datang. 
Ni Ina yang ajar, kalau tak, memang aku jahit poket tu petak jelah.


Kamen Rider Zayyad da sedia untuk ke sekolah...
😛😛😛

Sunday, November 18, 2018

Baju Kerja aku lagi

Menjahit baju untuk kerja 2 pasang.
Cuma guna 1 meter untuk kain dan 1 meter untuk baju.
Kain corak nenas ni RM20.00 semeter. Kain corak bunga RM10.00 semeter.






Alhamdulillah, fabrik sejuk.