Wednesday, January 3, 2018

Baju untuk Hana lagi


Comel kan baju ni..
Makin seronok aku jahit baju kecil molek ni. 

Istimewa untuk Hana 2 bulan.. 

Alahai kecilnya anak buah mak ngah.
Tak sabar mak ngah nak tengok Hana pakai. 

💖💖💖

Tuesday, January 2, 2018

Baju baru untuk Hana As-Sado


2018

Tahun baru datang lagi.
Moga jahitan aku lebih kemas dan dapat sebar manfaat pada keluarga aku. 
Insya Allah.. Amin.

Malam tadi aku jahit baju Hana umur 2 bulan.
Kecil bangat ni.. halus benar..

Special sebab siap ada headband lagi.. sangat eksklusif tau.
Sebenarnya kain ni aku beli dari perca je. Kalau full 1 meter RM16.00, tapi sebab aku beli kurang 1 meter, dapatla murah. Seronok beli kain perca ni, dia kira 0.3 meter dengan harga RM3.00 sahaja!!!

Aku beli banyak gak dulu sebab nak buat Cloth Pad dulu tu. Macam dalam gambar ni..

Disebabkan ada kain lebih, aku jahit la baju Hana.👧

 Ni baju kedua untuk Hana gak.. Ada headband juga.


Masih ada beberapa perca kain lagi untuk baju Hana. Nanti kalau dah siap jahit, aku post lagi.

Jahit Hujung Tahun 2017


Penghujung tahun 2017 ni, aku masih lagi menjahit untuk anak aku dan anak-anak buah yang lain.
Untuk satu meter knit cottton, aku dapat 2 helai baju putih macam kat bawah ni, untuk  Zayyad dan Ashraf.


Baju tidur Zayyad


Baju tidur Ashraf


Kain knit cotton gambar Minion ni, agak kecik... 
jadi ak dapat jahit untuk boxer semua anak buah aku.
Bananananana..
Boxer Aidil dan adik-adiknya


Boxer Amirul