Friday, May 24, 2019

Baju syawal anakanda 1440 H

Baju raya tahun ni.. Insya Allah nak pakai raya pertama nanti.
Kain beli 2 meter kat Jakel.
 1 Meter RM15.00.

Sampin aku jahit guna sampin baba Zayyad 2 tahun lepas.
Ada perca sikit, aku jahit pulak tengkolok untuk Zayyad.


Tara.. ni lah tengkolok yang Zayyad pakai.


Baju Syawal 1441 H untuk aku.. yey..


Baju dari kedai Shirly lagi..
Setiap kain aku beli 2 meter. Total ni semua 6 meter..








Avengers nak raya jugak



Kain ni aku beli dari Shirly, pre order yang total 10 meter ni.
Ni aku beli cuma 1 meter je. 

Untuk di pakai di hai raya ke-2 atau raya ke-3.

Buat baju untuk Zayyad 5 tahun dan anak buah aku, Harith 11 tahun.

Zayyad

Harith

Avengers nak beraya...

Sampin Pelikat


Aku beli 2 kain pelikat kat Jakel minggu lepas untuk jahit sampin anak-anak buah aku.
Harga kain pelikat ni RM10.00 sehelai.



Amirul

Ashraf punya.. tapi dah tukar  bagi ke Zayyad. 
Sebab Zayyad tak pakai sampin Upin Ipin ada Mei Mei.
Macam-macam kan anak aku...


Arif

Ni semuanya..

Upin Ipin dan kawan-kawan


Kali ni aku jahit guna kain baru dari Shirly.. Kain pre-order 1 meter RM20.00 kalau dah sampai kedai, harga jualan RM25.00 untuk 1 meter.

Kali ni aku beli untuk pre-order total RM200 untuk 10 meter.

Okeh.. ni kain pertama yang aku jahit. 
Upin Ipin beli 1 meter je.

Dapat jahit untuk tengkolok dan sampin saiz budak 5 tahun.

Tengkolok Upin Ipin.

Pandangan pelbagai sisi.



Ini sampin Upin Ipin dan kawan-kawan. Aku nak buat untuk Zayyad sebenarnya, Tapi Zayyad cakap ada gambar MeiMei perempuan, nanti kawan kat sekolah ejek.

Ek eleh... entah-entah Zayyad yang suka ejek orang.


Seluar Upin Ipin.

Baju Upin Ipin.



Banyak jugak dapat walaupun cuma guna 1 meter.
Fabrik kain sedap macam kain jersi.

Perca jadi Seluar yang HEBAT

Semua ni kain perca yang aku dah jahit dari baju dan seluar anak aku, Zayyad.
Ada lebih perca yang agak besar, aku cantum-cantum buar seluar untuk anak buah aku.










Untuk Amir 11 tahun, Arif 10 tahun, dan Ashraf 5 tahun sama umur dengan Zayyad.

Sunday, May 12, 2019

Baju tidur hari Raya untuk Zayyad

Ha, tengok tu.. nak tidur pon ada baju raya jugak...
Kain dah lama beli, cuma malas nak jahit dulu. Sekarang dah ada mood baru boleh jahit.
 Macam biasa kain beli kat Shirly.

Ni beli sekali 10 meter dulu.
Ada yang harga RM13.00 semeter, kalau 10 meter :RM99.00

Ada yang harga RM25.00 semeter, kalau 10 meter : RM200.00


Spiderman


Ni ntah power rangers ke kamen raider.. 




Kartun cerita CAR.

Baju Raya kedua : Sam Fireman

Baju untuk Zayyad 5 tahun.
Baju untuk raya ke-2 untuk anak aku dan anak-anak buah.
Dulu dah pernah jahit kain design macam ni kat siniapi untuk anak kawan opis.

Jenis kain ni macam kain jersi, sesuai untuk budak-budak pakai tak panas.

Macam biasa, aku beli kat Shirly.
 Beli 5 meter : RM75.00
Jatuh RM15.00 untuk 1 meter. Murahkan..


Tapi dulu aku beli RM25.00 masa nak jahit baju anak kawan tu.  
Sebabnya kalau beli 10 meter : RM200.00
Jatuh RM20.00 untuk 1 meter. 

Kalau beli lagi banyak, lagiiii murahhhh..





Dan juga untuk anak-anak buah  aku 
Aidil 13 tahun, Amirul 11 tahun, Arif 10 tahun dan Ashraf 5 tahun.

Tada.. SAM nak padamkan api.. ok bai..

Baju Melayu hari Raya Aidilfitri 1440H

Alhamdulillah.. siap sudah baju raya untuk anak aku, Zayyad 5 tahun.
Dan juga untuk anak-anak buah  aku 
Aidil 13 tahun, Amirul 11 tahun, Arif 10 tahun dan Ashraf 5 tahun.

Ni baju-bajunya.. lega.. 





Perasan tak  warna kain  ni? macam kain sekolah Pasti kan? hahaha
Tapi Mak Ngah dah design lain sikit, letak butang dan sulam kat poket baju tu.. 

Tak ada pilihan warna lain masa beli kat Kamdar.
Aku tak larat nak beli tempat lain, penat nak survey.. hahaha.. jadilah kan..

Ni aku beli 15 meter : RM112.50


Alhamdulillah, berjaya jahit poket macam ni.. Ina yang ajar..


Aku reti jahit leher macam ni je.. Alhamdulillah jadilah jugak kan..


Comel kan dah siap jahit.. Comel kan mcm Mak Ngah 😍😍😍