Thursday, September 12, 2019

Cloth Pad Junior untuk Kat Zaty

Jahit Cloth Pad untuk Kak Zaty. Aku pakai kain perca je.

Ni second batch aku jahit ada 9 helai. Yang first batch pon 9 helai jugak, tapi dah ilang mana aku letak.. Alahai rugi.. agaknya dah terbuang kot..😓😓😓 

Balasan sebab aku dah banyak buang barang orang kot.. Hahaha.. 😝😝😝







Baju Merdeka Zayyad


Dah lama tak buat projek jahit-jahit ni. Baru-baru ni kat skolah taska Zayyad ada pertandingan mewarna dan pakaian merdeka untuk sambutan Merdeka 2019.

Mulanya aku malas buat baju Zayyad sebab rasa macam tak berbaloi kalau jahit untuk pakai satu hari je. Pastu pulak ibu bapa yang lain tak bagi nama pon untuk joint pertandingan tu.
Tiba-tiba lagi 2 hari nak pertandingan, baru aku buat keputusan nak jahit. Hahaha, nasib baik Jakel Ostia tu dekat dengan rumah je.. senang nak beli kain last minute macam ni.

Aku beli 4 jenis warna bendera iaitu merah, biru, kuning, dan putih dengan harga RM28.00 sahaja.
Agak-agak RM7.00 untuk semeter.

Alhamdulillah dah siap dalam tempoh 1 hari je.. Dari pukul 3.00 petang sampai ke malam aku menjahit. 

Siap ada tengkolok dan keris lagi. Keris ni aku jahit guna kain felt, dalamnya aku letak kapas macam isi bantal tu.

Maka dapatlah Zayyad bergembira sambut Merdeka dengan kawan-kawan kat sekolah tu. Walaupun buat last minute dan rasa penat.. aku puas hati sangat sebab dapat bagi pengalaman Zayyad kumpul memori yang indah masa zaman sekolah kecil dia ni. 




Pendekar Mustar Kampung Pinang 2 Batang.. 😜







Amboi..


Nah...


Ewah...

Aku tiru pattern dari group Geng Jahit.. 
Berjaya jugaklah walaupun tak sebijik macam dalam gambar tu. 😍😍😍