Wednesday, August 24, 2011

Brooch Bunga Hari Raya ~ Part 3

Seperti yang dah dimaklumkan sebelum ni, Brooch Bunga NANA telah dibuat lebih kecil berbanding dulu. Jadi, NANA nak share Brooch Bunga yang dah siap untuk di jual. 

Ha~ ada satu lagi cerita best nak kongsi, kawan NANA, Yuzi dari JPA Cyberjaya minta tolong jual Brooch Bunga ni kat opis dia. SOLD OUT untuk saiz kecil. Seronok sangat sebab habis dijual.

 Dan Yuzi minta NANA buat lagi. Erm.. dah buat dah pon yang terbaru lebih striking warnanya. :) Nanti NANA share pada post yang akan datang :)



















Saiz Brooch Lebih Kecil, Lebih Comel~

Atas permintaan customer yang lepas2, dorang minta NANA buat Brooch Bunga yang lebih kecil sebab dorang cakap "Lebih kecil, lebih comel". 
Jadi, NANA pun cuba lah buat dengan adik NANA, Aisyah dan kakak NANA, Kok lin. 
Alhamdulillah, jadi jugak akhirnya.
  

Harga pun kenalah tambah sebab susah nak lipat. 
Kalau nak order banyak, hubungi NANA yer

Email @ YM NANA di:
jannatun_zinnirah@yahoo.com

Jahit Baju Kurung Cath, Raihan, dan Ika

Alhamdulillah.. 

Ini antara baju yang NANA dah siap jahit, dan dah beri pada tuannya. Sebenarnya ada 7 pasang lagi yang dah siap jahit. Tapi, tak sempat nak ambil gambar. Konon nak bagitau banyak sangat  lah~. hahaha..

Apa pun terima kasih pada semua yang dah tempah jahit kat NANA. Nanti sudi-sudilah tempah lagi yer.. Kecil tapak tangan, nyiru hamba tadahkan.. 


Ok, ni baju Batik Sarawak, dari orang Sarawak sendiri, Catherine Utih Ak Assat. Untuk setiap tempahan baju kurung dengan NANA, akan dapat 1 Brooch Bunga Percuma yer~

Ni pulak baju Ika, sepupu NANA.

 Yang ni baju Raihan. Haritu ada jahit baju kurung untuk Raihan gak. Ni baju kedua lah maknanya yang NANA jahit.

Monday, August 1, 2011

Brooch Bunga Hari Raya ~ Part 2

Brooch Bunga kali ni untuk kakak NANA, Kok Lin @ Nolin @ Azren. Kok Lin nak jual kat kawan dia. 


Kuantiti semua Brooch Bunga kali ni 70 biji. Masyok~

 Ada macam-macam corak dan warna.




Corak baru akan siap tak lama lagi.. Tunggu yer~

Jahit Baju Kurung dan Manik untuk Siti Rohani

Ni pula baju Siti Rohani.

NANA jahit kurung biasa. Gambar tak sempat ambil. 
Cuma dapat ambil yang NANA jahit manik jer..

Jahit maik untuk hujung lengan baju.

Jahit Baju untuk Saudara NANA

Siap sudah baju saudara NANA ni. Kali ni NANA jahit baju mak cik saudara NANA sebelah mak. Mak cik ni NANA panggil Induk.  NANA pun ada jahitkan baju untuk sepupu NANA, anak Induk.



 Ni baju Induk. Kali ni kalau jahit baju dengan NANA, dapat.....

 .....dapat Brooch Bunga percuma~

 Ni baju sepupu NANA, Anis.

 Raudhah pun dapat Brooch Bunga Percuma jugak~

Ini baju untuk Raudhah...

 Ada Brooch Bunga Percuma yang sama warna, Purple~

 Ni baju Raihan, kakak kepada Raudhah dan Aniss. 

Brooch Bunga Percuma~Corak bunga sama dengan kain :)


Raihan ada hantar 2 pasang lagi untuk baju raya. Insya Allah, akan disiapkan secepat mungkin.

Jahit Baju untuk Mijah dan Anak-anaknya :)

Alhamdulillah.. dapat juga NANA update post kali ni.. Dah lama tak update sebab banyak tempahan jahit baju dan buat Brooch Bunga. Alhamdulillah ada tempahan, adalah untungnya ~


Kali ni NANA upload gambar baju adik nana, Mijah. Kain yang digunakan jenis Cotton, 2 pasang. 
1 pasang untuk baju mijah. 1 pasang lagi untuk baju anak-anak mijah, Izzati dan Harith.

Ni baju Mijah. NANA jahit baju kurung Pahang. Kain lipat tepi.

 Untuk bahagian hujung lengan, NANA jahit manik. 

 Ni baju anak Mijah, Izzati. 
NANA Mak Ngah jahit 2 baju untuk Izzati.  
Baik Punya~

 1 baju kurung moden.

1 baju kurung biasa.

Bahagian kain, Mak Ngah jahit lipat tepi je.

Sebebnarnya NANA ada jahit skirt untuk Izzati ni gak, tapi lupa nak ambil gambar~
 Ni lah Izzatinya.. 

 NANA pun ada jahitkan jugak untuk adik kepada Izzati ni, Harith. 
Baju melayu untuk Harith.
Ni Baju Melayu pertama NANA jahit tau~

 Baju Melayu untuk Harith yang umur kurang dari 1 thn, baru pandai jalan. 

 Untuk bahagian leher, NANA guna butang biasa ja~

Ada kain lebih, macam biasa lah, buat Brooch Bunga.


Monday, July 11, 2011

Brooch Bunga Hari Raya ~ Part 1

Alhamdulillah..

 Kali ni NANA dan Aisyah dapat buat 72 Brooch Bunga untuk di jual. Projek Brooch seterusnya akan dibuat lagi kelak.. 



Sebab nak cari pin kat belakang nilah NANA lambat siapkan Booch Bunga ni. Banyak kedai dah habis stok pin ni, nasib baik jumpa kat kedai Sungai Buloh. Jauhnyer~


Jom tengok KUIH RAYA yang PANAS dari OVEN NANA ni~



Saiz Brooch : 2'' x  2''

 Ada macam-macam warna yang menarik.. TERBAIK Wok~













Terima kasih  Semua... 


Kalau nak buat tempahan @ nak beli lagi, boleh hubungi nana di alamat email~
jannatun_zinnirah@yahoo.com

Saturday, July 2, 2011

Kuih Raya 2011



Salam semua :) Kali ni NANA nak iklankan Tempahan 
KUIH RAYA 2011.


Harga : RM 22.00 untuk 1 balang, 50 biji.

Jenis kuih : ALMOND LONDON,
SNOW ALMOND,
TART NENAS GULUNG ,
TART NENAS NYONYA.

Untuk KUIH TART NENAS, inti nenas adalah di masak sendiri oleh kami. Rasa inti NENAS adalah sangat ASLI tanpa bahan pengawet.


Kos Penghantaran Bergantung pada Kuantiti yang diminta.



Insya Allah, jika tempahan melebihi 10 balang, harga akan dikurangkan. Jadi, tunggu apa lagi? 

Tempahlah sekarang.