Sunday, December 3, 2017

Baju Melayu Zayyad


Aku jahitkan baju melayu untuk Zayyad, tapi sampin tu beli siap kat kedai.
Alkisahnya, aku beli kain 2.5 meter tapi bidang 60" untuk aku buat baju kurung.
Tapi ada kain lebih, aku jahitla baju melayu zayyad. 

Baju ni zayyad pakai masa ada persembahan akhir tahun kat sekolah. 
Comel 💖

Lebih comel bila zayyad rajin solat mcm ni.. 
💖💗💖

Monday, November 27, 2017

SpongeBob SquarePants

Semalam aku jahit lagi baju t-shirt kain SpongeBob SquarePants lagi..

Nombor yang aku label ni ialah turutan jahitan dari kain yang telah dijahit dari pertama hingga siap kain kelima.


 Aku suka kain belang ni match dengan kain spongebob dan kuning.. 
Nampak mahal, padahal pakai sambung kain perca je 😝😝😝

Kain belang ni pon beli murah je.. kain Kg Lot yg 1 beg RM40.00 tu. Tapi aku tak ingat la bp kg, agak-agak dlm 2kg kot..

Malam ni ingat nak jahit lagi, tapi tak boleh la sebab nak packing barang ke Melaka esok.
Aku ada site 2 hari pergi Melaka.


Bolehla sambil kerja, sambil jalan makan angin, sambil ziarah Wee (nenek) kat kampung..
👪






Sunday, November 26, 2017

Rajinkan diri menjahit kain lagi :)


Seronok sangat sebab dapat beli kain murah dan jahit baju untuk pakai sendiri. Rasa jimat sangat.. hahaha.. walaupun kadang jahit kadang ok kadang tak ok.. Yang penting jahitan tu, anak sendiri sendiri yang pakai.. Tak de komplen punya.. 😉😉😉

Ha.. baru-baru ni aku beli lagi kain Knit Cotton kat kedai Shirly Yong tu.. RM200 untuk 10 helai... 
Maknanya RM20.00 untuk 1 meter. Memang berbaloi.. 

Aku pon ada beli kain Kg Lot, kain timbang RM40.00 satu beg.

Sebelum tu aku ada beli gak kain RM100.00 untuk 10 helai.

Banyak kan aku beli? Ni semua salah kedai tu, bila masuk kedai macam ada ubat dadah yang akan rasuk aku untuk membeli dan membeli.. ahaha 😝😝😝

So, nilah beberapa hasil jahitan yang dah siap.. 



Baju tidur Zayyad.. Dino.. Grrrr


Ni ada SpongeBob 😀


Ada superman.. ni dah bagi kat anak buah, Ashraf umur sama macam Zayyad. 
Kain corak superman ni dapat buat baju satu lagi untuk Zayyad. Tapi gambar tak post kat sini, lupa nak snap.


Ada kain Ninja Turtle untuk Amir, Arif dan Ashraf.. 
Nasiblah.. mak ngah jahit baju saiz macam lebih kurang sama je.. hahaha.. 

Baju Dino untuk Ashraf. 
Ada satu set baju dan seluar kain macam ni, tapi untuk Zayyad. 
Kalau aku ingat nak snap gamba, aku share la nanti.


Ok.. Sekian untuk kali ni.. Nanti ada masa nak jahit lagi untuk anak-anak buah lagi.
😍😍😍
Mak ngah lanja baju yang mak ngah jahit je ok.. 

Wednesday, November 15, 2017

Baju Anak Buah Gegirl

Sambungan daripada menjahit kain Knit Cotton lagi..
Ni ada kain gambar cartoon Frozen aku jahit untuk Izzati dan Ani. Lebihan kain perca aku jahit panties pula :)


Ni hadiah untuk baby Hana 1 bulan. Mak Ngah bagi beg uncang dan kain alas untuk tukar diaper. 

Ni lah lebihan perca daripada baju Izzati, Ani dan baju aku. Maka terhasilah baju Hana. 
Jimat tak payah beli. 

Ada projek nak jahit  baju t-shirt untuk anak buah yang lain. 
Nanti aku update lagi.


Jahit Baju : Knit Cotton

Baru-baru ni aku jahit baju t-shirt anak aku sendiri. Senang dan jimat sangat. 

Bayangkan kalau sepasang macam ni harga RM35.00, tapi aku beli kain ni RM20 je semeter dah boleh jahit macam-macam. Dapat la sepasang baju dan seluar Zayyad umur 3 tahun macam Ninja Turtle ni, satu t-shirt uk Harith umur 7 tahun. 







Ni baju Izzati  umur 9 tahun dan Ani umur 6 tahun. Baju t-shirt lama, cuma aku tambah skirt cantum pada baju tu.


Total 1 meter untuk baju Izzati dan Ani. Ada perca lagi ni..

Total 1 meter untuk seluar Ani dan Ani.





Wednesday, August 23, 2017

Roses Flower Brooch


Dah lama tak buat brooch untuk tudung.
Ha ni lah yang aku baru buat 2 minggu lepas. Buat kat opis sebab boring 
tak ada kerja. 😀😀😀





Cloth Pad : Panty Liner

Kali ni aku jahit cloth pad yang nipis untuk pakai harian.
Rasa selesa dan kering je..
🙂🙂🙂


Cloth Diaper



Kuning Hijau.. Olley..

Ni cloth diaper aku jahit untuk anak buah yg baru 4 bulan umur nye.. Spesel untuk Al-Fateh :)
Cuma pakai 2 lapisan je. Lapisan luar kain Pul kosong, tak ada corak. Bahagian dalam kain Microfleece (biasa untuk jahit teddy bear) sejuk kain ni.



Aku jahit 1 je pon, untuk suka-suka. Bahagian dalam nanti boleh  letak lampin yang dilipat untuk serapan najis.

Pattern dari Google

Wednesday, July 5, 2017

Baju Jalan Raya Zayyad 2017

Selamat Hari Raya.
11 Syawal 1438 H.

Tahun ni kami sekeluarga tak beli baju raya baru. Tapi, demi nak merayakan anak aku ni, aku gagahkan juga untuk jahit baju jalan dia. Baju melayu tahun lepas Zayyad masih muat lagi, sebab tu tak beli baru untuk tahun ni. Aku dan suami masih pakai baju lama yang macam baru lagi. (baju nikah masih cantik menawan)

Masa bulan puasa, aku ada beli kain jenis Knit Cotton @ kain jenis untuk jahit T-Shirt. Kain ni sejuk dan sesuai nntuk buat blouse gak. ( Gambar blouse aku upload lainkali).

Harga pon murah sebab beli direct kat supplier dari group Facebook.
Seronok anak aku bila dapat baju baru, aku pon seronok sebab dah jimat banyak daripada beli kat kedai.



Robocar Poli.. here we go....


Mc Queen.. cak..cak..


Sebenarnya ada banyak lagi yang dah siap jahit dari kain Knit Cotton ni.. tapi tak sempat nak ambil gambar. Nanti klu ada masa, aku upload lagi.

Monday, May 8, 2017

Jeans Recycle

Dengan menggunakan seluar jeans lama laki aku, maka terhasilah lagi barang kraft ciptaan aku. Memang seronok bila dah siap jadi beg macam ni.

Tapi, yang sedihnya mesih jahit rosak sebab jahit tebal sangat. Mesin jahit aku jenis portable untuk kegunaan biasa je. Tapi bila dah jahit tebal-tebal, jahitan tu jadi lompat-lompat. Hmmm.. kena anta servis kat umah mak. :(

Dino Soft Toy





Projek kali ni aku buat Dinosaur. :)


Yang kecil Harith punya, yang besar Zayyad punya.

Baju Melayu Tariq 2017

Bulan lepas aku ada menjahit baju melayu  untuk anak Zura yang umur 5 tahun kot (haha, aku pon lupa umur dia). Tahun 2012 pon pernah jahit gak baju anak Zura ni.

Alhamdulillah.. dah siap pon. Baju ni untuk dipakai di taska pada setiap hari Jumaat.

Insya Allah moga makin banyak aku menjahit lagi lepas ni.. :)


Friday, April 14, 2017

Beg Solat dan Botol Air

Ni saje nak update Beg Solat yang di minta oleh akak aku. Sebenarnya aku offer akak aku Beg Botol Air, tapi dia minta Beg Solat plak.. Hadiah kasih sayang :)

Beg Solat 
Ni bekas Botol Air aku
Sudahnya, aku jahit Beg Botol Air untuk dan Zayyad je. Tapi gambar Zayyad punya nantilah aku update, lupa nak ambil gambar.