Thursday, March 1, 2018

Projek suka hati hujung minggu

Salam barakah.
Minggu lepas aku ada jahit Cloth Pad lagi. 
Tapi, tak banyak la pon.. cuma jahit sikit je..
sebab kawan request.. 

Saiz untuk Panty Liner.. aku letak lapisan dalam sehelai je lapisan Bamboo.

Panty Liner bahagian depan.


Panty Liner bahagian belakang.

Cloth Pad untuk kegunaan harian.
Medium flow. Ni ada 2 lapisan Bamboo di dalamnya.


Cloth Pad untuk kegunaan malam.
Nigt flow. Ni ada 3 lapisan Bamboo di dalamnya.





Ni beg dari kain perca.


"Rizqi Bag" bak kata Cik Cah...😍😍😍


Koleksi terbaru.. 
Aku suka combination bentuk ni semua.. 






Sunday, February 11, 2018

Projek hujung minggu

Hujung minggu lepas aku ada projek jahit. Kain knit ni beli masa offer Kg Lot. 
Harganya RM40 untuk 1 beg yang dah siap dibungkus. Ikut la nasib masing-masing, kalau dapat corak cantik, seronokla.. kalau tak cantik, pandai-pandailah nak mix corak. Pastu kalau kain bidang besar, seronok la.. kalau tak besar, pandai-pandailah olah idea nk buat projek jahit apa..

Bagi aku, jahit kain ni macam memasak. Kalau malas nak beli barang basah kat pasar, kenalah pandai pikir idea nak masak resepi yang boleh jadikan masakan tu sedap dan menyelerakan.

So, kat bawah ni kain KG Lot yang saiz memang kecik. Aku macam merajuk dapat kain ni dulu. Tapi masa aku potong dan mix kain ni aku rasa seronok lak.. Dan, bila dah siap jahit, smart lak mix corak seluar ni. Suami aku cakap kalau mandi kat laut, style ni...

Haha, ni bukan aku yang nak guna untuk mandi. 
Insya Allah nak bagi anak buah yang umur 11 tahun pakai, untuk Amir.
Mak ngah jahit 2 seluar untuk Amir ni. Yang corak swallow pon Amir punya gak.




Baju melayu ni warna ungu, disebabkan pencayaan camera maka warnanya tak berapa nk ungu sangat. Ni baju anak kawan yang umur 5 tahun. Kali ketiga kawan ni hantar aku jahit baju melayu anak dia. Maaf la kalau ada kekurangan.. 

Bukan pintaku jika hasil tak menggembirakan.
hahaha..😀😀😀

Wednesday, February 7, 2018

Teman menjahit yang Comel

Gambar-gambar yang diambil sebelum di edit.
Nilah anak kesayangan Mama.. sentiasa rajin meneman Mama manjahit.

Hai anak penyejuk mata, penawar hati yang duka lara.

Seronok Zayyad dapat main music box ni.. Adoi.. aku yang jenuh nak ambil gambar..
Gambar ni aku ambil masa dah pukul 10.00 malam lebih. Lewat Zayyad tidur malam tu.
"Nak tolong Mama susun" 

Hahaha... 
👦👦👦

Rizqi Bag

Baru-baru ni aku ada jahitkan beg untuk adik aku yang bernama Aisyah untuk buat jualan.   Saiz bag adalah 27x18l cm.
Sangat seronok sebab ada macam-macam corak dan warna-warni.

Maka terhasillah bag yang diberi nama "Rizqi Bag". 
Alahai,  Cik Cah ni amek nama Zayyad pulak.
😁😁😁

Jumlah keseluruhan beg yang dijahit ialah 69 kesemuanya.
Agak banyak juga.. tapi sangat seronok bila dah dah siap susun hasilnya.








Okey...
Ni Zoom untuk sebahagian hasil jahitan beg tersebut. Aku letak sebelah mesin jahit mini.
Aha.. bukan sebarang mini tau.. ni sebenarnya Music Box.

Seronok sangat dapat.
 Aku minta suami yang belikan sebab teruja tengok orang lain 
share gambar mesin jahit kat FB dia.







Comel kan... 
Ada gunting dan kain perca..

Zayyad kalau nampak ni.. suka betul dia nak godek-godek.
😅😅😅
Terpaksa simpan atas almari, kalau tak, selamat musin box mama ni.

Baju untuk Al Fateh

Setelah sekian lama.. 

Maka dapat juga aku jahitkan baju untuk anak buah yang umur 6 bulan ni.
Kain lebihan dari jahit baju Zayyad.

Nanti kalau mak ngah rajin, boleh la jahit lagi..



Peta Harta Karun

Alkisahnya..
Zayyad suka sangat cerita Nabi Yunus dengan ikan paus.. Bila aku dah siap jahit baju t shirt ni, kemain sukanya dia tengok ikan paus ni..

"Mama, ni ikan paus Nabi Yunus kan...?"
hahaha.. 

Zayyad.. Zayyad..
suka sangat kalau aku cerita "Pada zaman dahulu..."



Lepas tu.. bila cerita Nabi Yunus naik kapal laut..  Aku pon suruh Zayyad imagine kapal laut macam ni. Well, ni bukan kapal lanun ni.. gambar je... 😆😆😆


Tara.. ada gambar macam-macam kat kain ni.. Seronok sangat bila dapat kain ni. Kecil je pon saiznye.. ngam-ngam untuk 2 helai baju saiz 4 tahun.

Macam biasa, aku siapkan 2 pasang untuk Zayyad dan sepupunya Ashraf.


Nilah hasinya... 💖💖💖

 Untuk seluar, aku pakai kain corak lain. 


Budak comel 2 orang..
Zayyad dan Ashraf.

Alhamdulillah dah selesai jahit


Wednesday, January 3, 2018

Baju untuk Hana lagi


Comel kan baju ni..
Makin seronok aku jahit baju kecil molek ni. 

Istimewa untuk Hana 2 bulan.. 

Alahai kecilnya anak buah mak ngah.
Tak sabar mak ngah nak tengok Hana pakai. 

💖💖💖

Tuesday, January 2, 2018

Baju baru untuk Hana As-Sado


2018

Tahun baru datang lagi.
Moga jahitan aku lebih kemas dan dapat sebar manfaat pada keluarga aku. 
Insya Allah.. Amin.

Malam tadi aku jahit baju Hana umur 2 bulan.
Kecil bangat ni.. halus benar..

Special sebab siap ada headband lagi.. sangat eksklusif tau.
Sebenarnya kain ni aku beli dari perca je. Kalau full 1 meter RM16.00, tapi sebab aku beli kurang 1 meter, dapatla murah. Seronok beli kain perca ni, dia kira 0.3 meter dengan harga RM3.00 sahaja!!!

Aku beli banyak gak dulu sebab nak buat Cloth Pad dulu tu. Macam dalam gambar ni..

Disebabkan ada kain lebih, aku jahit la baju Hana.👧

 Ni baju kedua untuk Hana gak.. Ada headband juga.


Masih ada beberapa perca kain lagi untuk baju Hana. Nanti kalau dah siap jahit, aku post lagi.

Jahit Hujung Tahun 2017


Penghujung tahun 2017 ni, aku masih lagi menjahit untuk anak aku dan anak-anak buah yang lain.
Untuk satu meter knit cottton, aku dapat 2 helai baju putih macam kat bawah ni, untuk  Zayyad dan Ashraf.


Baju tidur Zayyad


Baju tidur Ashraf


Kain knit cotton gambar Minion ni, agak kecik... 
jadi ak dapat jahit untuk boxer semua anak buah aku.
Bananananana..
Boxer Aidil dan adik-adiknya


Boxer Amirul