Thursday, June 7, 2018

Order dari Aunti Bell

Adik aku minta buatkan baju melayu untuk anak kawan dia, Ika anak cik pah kedah yang tinggal kat kawasan rumah mak. Aku kenal Ika ni, bestfriend adik aku dari kecik lagi.

Baju melayu untuk baby new born 2 bulan... harap muat lah.. aku jahit main agak-agak je.


Blanket ni aku baru jahit malam tadi sebab adik minta tambah nak bagi hadiah untuk anak Ika. 
Aku jahit 2 lapis kain guna microfleece dan Japenese Cotton. 

Baju raya diri sendiri

Baju ni baru siap jahit malam tadi..
Alhamdulillah berjaya juga dapat jahit baju sendiri.

Fabrik dari jenis knit cotton yang beli harga RM12.90 semeter. Tapi kalau beli 10 meter dapat harga RM99.00 je. Ni lah antara kain yang aku borong sampai 20 meter tu.

Close-up corak kain

Close-up gambar arnab.. aku suka sangat gambar ni.. comel 😍😍😍

Aku guna 2.5 meter sebab kain ni aku beli sampai 3 meter. Bidang kain ni pendek sikit dari kain arnab  kat bawah ni.

Kain arnab ni aku guna 2 meter je.. 

Bahagia bila dah siap 😊😊😊Boleh buat pakai pergi kerja.. seronok kain ni tak payah iron... 



Baju Melayu Raya Zayyad

Baju melayu ni dah lama siap sebenarnya, tapi aku baru jahitkan butang malam tadi. Kalau nak plan nak jahit butang ni lambat lagi, tapi sebab baju melayu ni nak pakai pagi ni kat sekolah Zayyad.

Pagi ni cikgu sekolah Zayyad suruh pakai baju melayu sebab esok dah mula cuti sekolah. Cikgu nak 
amek gambar ramai-ramai untuk Hari Raya.

Hari tu ingatkan tahun ni nak beli je baju Zayyad, tapi mahal lah.. RM95.00 kat Jakel.. Adoi..Baik aku jahit sendiri..

Tara.. dah siap baju melayu dan sampin untuk anak mama ni.




 Ni aku jahitkan sampin dari kain Japanese Cotton yang beli kat Damansara Damai tu.

Wednesday, June 6, 2018

Baju Raya Zayyad dan Zauji

Baru jahit malam tadi baju-baju ni semua. Line clear dapat jahit sebab malam tadi Zayyad pergi tarawikh dengan Zauji kat surau. Sekarang ni minggu aku period, jadi aku memang peruntukkan masa malam untuk jahit non-stop. Aku harap nanti aku dapat sambung semula tarawikh dengan tenang sebab baju dah siap.. yeyeh... 

Baju Zauji dan Zayyad
Kain ni sangat selesa, aku suka sangat πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–Gambar kain ni super hero Captain America. Beli masa bulan November 2017 kat entry ni. Dah lama beli kain ni dan memang nak jahit untuk buat baju raya.. Alhamdulillah da siap pon..


Kain ni beli masa timbang kilo... 2kg harga RM40.00
Kat entry ni masa beli bulan Disember 2017.. Lama aku peram kain.


Okey ni pula, kain baru yang aku beli banyak-banyak minggu lepas tu. RM27.00 semeter.

Tara.. baju raya Zayyad  tahun ni.

Tuesday, June 5, 2018

Baju Melayu dan Baju Kurung Raya

Kain dari jenis Japanese Cotton beli kat kedai Damansara Damai, Syurga Cotton



Baju Melayu Fateh : 7 Bulan

Baju Kurung Hana : 6 Bulan

Baju Raya 2018 : Polar Bear

Ada lagi ni.. baju raya knit cotton lagi.. Kali ni aku guna 3 meter juga..
Tambahan untuk Hana dan Fateh.. Baby pon dapat juga..



 Baju ni untuk anak Mak Long, Mak Ngah, Mak Teh, dan Cik Cah je..
Maaf ye.. Anak Mak Lang tak dapat sebab kain tak cukup.

Baju Raya 2018 : Sport Car

Update lagi baju baru.
Total keseluruhan aku guna 3 meter kain knit cotton.




Aidil (12 Tahun), Amir (10 Tahun), Arif (8 Tahun),  Ashraf (4 Tahun)
Untuk anak buah Mak Ngah.. Insya Allah jadi anak soleh semuanya.

Zayyad jual baju lagi..tapi muka penat sebab aku paksa dia amek gamba.. 
Tak redha bergamba le tu πŸ˜…

Baju Raya 2018 : Pak Beruang

Alhamdulillah..
Aku dah berjaya jahit banyak baju raya untuk anak aku dan anak-anak buah aku.. Minggu lepas aku memborong kain knit cotton kat kedai Shirly sampai RM250.00.. hahaha.. 
Amboi mak ngah..πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Aku beli banyak sebab murah dan pikir banyak kali gak.. Ye ke aku sempat pikir? hahaha
Kedai Shirly tu jauh kt KL nun.. aku duk bangi.. kan jauh kalau nak selalu ke sana.
Jadi, bila dapat peluang, aku pon sebat la..

Kain murah : 1 meter RM12.90, kalau beli 10 meter dapat RM99.00 je.
Yang jenis kain ni aku beli sampai 20 meter.


Kain mahal : 1 meter RM27.00. Ni aku beli sampai 3 meter aje.


Baju budak Lelaki :
Aidil (12 Tahun), Amir (10 Tahun), Arif (8 Tahun), Harith (8 Tahun), Zayyad (4 Tahun), Ashraf (4 Tahun), Fateh (7 Bulan)


Baju budak Perempuan :
Izzati (11 Tahun), Ani (7 Tahun), Hana (6 Bulan)

Baju New Born : 2 Bulan
Ni untuk anak kawan adik ku Nabilah.



Baju Lelaki dan Permpuan.



πŸ‘Ά Comel kan.. 

Total keseluruhan aku pakai 4 meter semuanya.

Ok tu aje.. Nanti aku upload lagi..
Insya Allah, nak pakai baju ni raya kedua nanti.
Selamat hari raya.



Thursday, March 1, 2018

Projek suka hati hujung minggu

Salam barakah.
Minggu lepas aku ada jahit Cloth Pad lagi. 
Tapi, tak banyak la pon.. cuma jahit sikit je..
sebab kawan request.. 

Saiz untuk Panty Liner.. aku letak lapisan dalam sehelai je lapisan Bamboo.

Panty Liner bahagian depan.


Panty Liner bahagian belakang.

Cloth Pad untuk kegunaan harian.
Medium flow. Ni ada 2 lapisan Bamboo di dalamnya.


Cloth Pad untuk kegunaan malam.
Nigt flow. Ni ada 3 lapisan Bamboo di dalamnya.





Ni beg dari kain perca.


"Rizqi Bag" bak kata Cik Cah...😍😍😍


Koleksi terbaru.. 
Aku suka combination bentuk ni semua.. 






Sunday, February 11, 2018

Projek hujung minggu

Hujung minggu lepas aku ada projek jahit. Kain knit ni beli masa offer Kg Lot. 
Harganya RM40 untuk 1 beg yang dah siap dibungkus. Ikut la nasib masing-masing, kalau dapat corak cantik, seronokla.. kalau tak cantik, pandai-pandailah nak mix corak. Pastu kalau kain bidang besar, seronok la.. kalau tak besar, pandai-pandailah olah idea nk buat projek jahit apa..

Bagi aku, jahit kain ni macam memasak. Kalau malas nak beli barang basah kat pasar, kenalah pandai pikir idea nak masak resepi yang boleh jadikan masakan tu sedap dan menyelerakan.

So, kat bawah ni kain KG Lot yang saiz memang kecik. Aku macam merajuk dapat kain ni dulu. Tapi masa aku potong dan mix kain ni aku rasa seronok lak.. Dan, bila dah siap jahit, smart lak mix corak seluar ni. Suami aku cakap kalau mandi kat laut, style ni...

Haha, ni bukan aku yang nak guna untuk mandi. 
Insya Allah nak bagi anak buah yang umur 11 tahun pakai, untuk Amir.
Mak ngah jahit 2 seluar untuk Amir ni. Yang corak swallow pon Amir punya gak.




Baju melayu ni warna ungu, disebabkan pencayaan camera maka warnanya tak berapa nk ungu sangat. Ni baju anak kawan yang umur 5 tahun. Kali ketiga kawan ni hantar aku jahit baju melayu anak dia. Maaf la kalau ada kekurangan.. 

Bukan pintaku jika hasil tak menggembirakan.
hahaha..πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€