Monday, June 18, 2018
Thursday, June 7, 2018
Koleksi baju RAYA 2018
Alhamdulillah..
Raya kali ni, aku dah berjaya jahit banyak baju untuk keluarga aku.. Untuk anak-anak buah aku, aku harap baju ni semua muat dengan baik kat dorang.. Aku memang guna kuasa IMAGINASI tahap gaban untuk draft pola baju.
Untuk suami dan anak aku, dapat juga aku buatkan baju sedondon 2 orang ni.
Okey, jumlah semua baju yang dijahit adalah:
Baju T-Shirt : 27 helai
Baju melayu dan baju kurung (junior) : 3 pasang
Baju kurung dewasa A cut : 2 pasang
Ha.. 32 helai yang aku dah jahit untuk tempoh 6 hari, dari hari sabtu petang sampai khamis malam aku merempit.
Lepas dah siap baju ni semua, Insya Allah aku nak sambung tarawikh dan tadarus. Ada lagi 6 juzuk sehingga ramadhan ke 23 ni.
Jom pulun Ramadhan πΈπΈπΈ
Order dari Aunti Bell
Adik aku minta buatkan baju melayu untuk anak kawan dia, Ika anak cik pah kedah yang tinggal kat kawasan rumah mak. Aku kenal Ika ni, bestfriend adik aku dari kecik lagi.
Baju melayu untuk baby new born 2 bulan... harap muat lah.. aku jahit main agak-agak je.
Blanket ni aku baru jahit malam tadi sebab adik minta tambah nak bagi hadiah untuk anak Ika.
Aku jahit 2 lapis kain guna microfleece dan Japenese Cotton.
Baju raya diri sendiri
Baju ni baru siap jahit malam tadi..
Alhamdulillah berjaya juga dapat jahit baju sendiri.
Fabrik dari jenis knit cotton yang beli harga RM12.90 semeter. Tapi kalau beli 10 meter dapat harga RM99.00 je. Ni lah antara kain yang aku borong sampai 20 meter tu.
![]() |
| Close-up corak kain |
![]() |
| Close-up gambar arnab.. aku suka sangat gambar ni.. comel πππ |
Aku guna 2.5 meter sebab kain ni aku beli sampai 3 meter. Bidang kain ni pendek sikit dari kain arnab kat bawah ni.
Kain arnab ni aku guna 2 meter je..
Bahagia bila dah siap πππBoleh buat pakai pergi kerja.. seronok kain ni tak payah iron...
Baju Melayu Raya Zayyad
Baju melayu ni dah lama siap sebenarnya, tapi aku baru jahitkan butang malam tadi. Kalau nak plan nak jahit butang ni lambat lagi, tapi sebab baju melayu ni nak pakai pagi ni kat sekolah Zayyad.
Pagi ni cikgu sekolah Zayyad suruh pakai baju melayu sebab esok dah mula cuti sekolah. Cikgu nak
amek gambar ramai-ramai untuk Hari Raya.
Hari tu ingatkan tahun ni nak beli je baju Zayyad, tapi mahal lah.. RM95.00 kat Jakel.. Adoi..Baik aku jahit sendiri..
Tara.. dah siap baju melayu dan sampin untuk anak mama ni.
Ni aku jahitkan sampin dari kain Japanese Cotton yang beli kat Damansara Damai tu.
Wednesday, June 6, 2018
Baju Raya Zayyad dan Zauji
Baru jahit malam tadi baju-baju ni semua. Line clear dapat jahit sebab malam tadi Zayyad pergi tarawikh dengan Zauji kat surau. Sekarang ni minggu aku period, jadi aku memang peruntukkan masa malam untuk jahit non-stop. Aku harap nanti aku dapat sambung semula tarawikh dengan tenang sebab baju dah siap.. yeyeh...
![]() |
| Baju Zauji dan Zayyad |
Kain ni sangat selesa, aku suka sangat ππππGambar kain ni super hero Captain America. Beli masa bulan November 2017 kat entry ni. Dah lama beli kain ni dan memang nak jahit untuk buat baju raya.. Alhamdulillah da siap pon..
Kain ni beli masa timbang kilo... 2kg harga RM40.00
Kat entry ni masa beli bulan Disember 2017.. Lama aku peram kain.
Okey ni pula, kain baru yang aku beli banyak-banyak minggu lepas tu. RM27.00 semeter.
Tara.. baju raya Zayyad tahun ni.
Tuesday, June 5, 2018
Baju Raya 2018 : Sport Car
Update lagi baju baru.
Total keseluruhan aku guna 3 meter kain knit cotton.
Aidil (12 Tahun), Amir (10 Tahun), Arif (8 Tahun), Ashraf (4 Tahun)
Untuk anak buah Mak Ngah.. Insya Allah jadi anak soleh semuanya.
Zayyad jual baju lagi..tapi muka penat sebab aku paksa dia amek gamba..
Tak redha bergamba le tu π
Baju Raya 2018 : Pak Beruang
Alhamdulillah..
Aku dah berjaya jahit banyak baju raya untuk anak aku dan anak-anak buah aku.. Minggu lepas aku memborong kain knit cotton kat kedai Shirly sampai RM250.00.. hahaha..
Amboi mak ngah..π
π
π
π
π
Aku beli banyak sebab murah dan pikir banyak kali gak.. Ye ke aku sempat pikir? hahaha
Kedai Shirly tu jauh kt KL nun.. aku duk bangi.. kan jauh kalau nak selalu ke sana.
Jadi, bila dapat peluang, aku pon sebat la..
Kain murah : 1 meter RM12.90, kalau beli 10 meter dapat RM99.00 je.
Yang jenis kain ni aku beli sampai 20 meter.
Kain mahal : 1 meter RM27.00. Ni aku beli sampai 3 meter aje.
![]()
| |
![]() |
| Baju budak Perempuan : Izzati (11 Tahun), Ani (7 Tahun), Hana (6 Bulan) |
![]() |
| Baju New Born : 2 Bulan Ni untuk anak kawan adik ku Nabilah. |
![]() |
Baju Lelaki dan Permpuan. |
πΆ Comel kan..
Total keseluruhan aku pakai 4 meter semuanya.
Ok tu aje.. Nanti aku upload lagi..
Insya Allah, nak pakai baju ni raya kedua nanti.
Selamat hari raya.
Thursday, March 1, 2018
Projek suka hati hujung minggu
Salam barakah.
Minggu lepas aku ada jahit Cloth Pad lagi.
Tapi, tak banyak la pon.. cuma jahit sikit je..
sebab kawan request..
Saiz untuk Panty Liner.. aku letak lapisan dalam sehelai je lapisan Bamboo.
![]() |
| Panty Liner bahagian depan. |
![]() |
| Panty Liner bahagian belakang. |
![]() |
| Cloth Pad untuk kegunaan harian. Medium flow. Ni ada 2 lapisan Bamboo di dalamnya. |
![]() |
Cloth Pad untuk kegunaan malam.
Nigt flow. Ni ada 3 lapisan Bamboo di dalamnya.
|
![]() |
| Ni beg dari kain perca. |
![]() |
| "Rizqi Bag" bak kata Cik Cah...πππ |
![]() |
Koleksi terbaru..
Aku suka combination bentuk ni semua..
|
Subscribe to:
Posts (Atom)




















































