Monday, November 4, 2019

Baju Anak Mak Lang


 Baju untuk anak-anak Mijah A.K.A Mak Lang..
 Aku siapkan sebelum pergi bercuti ke Kundasang Sabah.
Nak bagi anak-anak Mijah pakai baju baru.





Ada terselit baju untuk Mijah jugak.. 


 Ni seluar untuk Kak Long Zati.. Ada 3 ye..



Baju tidur untuk Kak Ani 


Last sekali.. Baju untuk Abang Harith.. 
Ni kain lebih dari jahit baju tidur Zayyad.



Sunday, October 13, 2019

Baju Hana lagi dan lagi

 Banyakkan baju mak enon Hana ni..
Anak dara memang banyak baju pon.. hahaha..




Baju Sabah bah




Insya Allah nanti kami nak perrgi Sabah.. Moga perjalanan lancar hendaknya..

Baju aku 

 Baju Aisyah

 
 Baju Aisyah lagi

Baju Kok Lin dan Hana

Bonda dan Hana


 Baju untuk jalan ke Sabah katanya.. hahaha.. silakan pakai di Sabah bah..










Baju Hana lagi





 Baju anak buah yang umur 2 tahun, Hana.












Baju asoo Mak Lang


Baju ini diberi nama Baju Asoo sebab  memang selalu nampak asoo @ nyonya pakai kalau pergi pasar. Sesuai untuk kemas rumah, selesa sangat pakai...
Design macam baju budak-budak, tapi saiz dewasa la.. 
Agak-agak kalau nak rasa macam anak-anak kecil, boleh la pakai baju macam ni.

Upah jahit untuk sepasang Mak Lang kene bayar RM25.00.
Baju ni Mak Lang ambil 2 pasang..



Baju Mak Long Zayyad


 Baju contoh macam design  Jatika, requested by Mak Long Zayyad a.k.a akak aku.
Ok.. dah siapkan 2 pasang..
Kok lin nak tambah poket kat depan dan
 tambah labuh kat belakang punggung. Seluar design palazo.

Upah jahit untuk sepasang aku ambil  RM25.00.
Ni harga untuk famili aku je.. Aku tak ambil tempahan lain.
I is malas.. hahaha..

Poket depan :)
 
Baju corak


Baju putih



Thursday, September 12, 2019

Cloth Pad Junior untuk Kat Zaty

Jahit Cloth Pad untuk Kak Zaty. Aku pakai kain perca je.

Ni second batch aku jahit ada 9 helai. Yang first batch pon 9 helai jugak, tapi dah ilang mana aku letak.. Alahai rugi.. agaknya dah terbuang kot..😓😓😓 

Balasan sebab aku dah banyak buang barang orang kot.. Hahaha.. 😝😝😝







Baju Merdeka Zayyad


Dah lama tak buat projek jahit-jahit ni. Baru-baru ni kat skolah taska Zayyad ada pertandingan mewarna dan pakaian merdeka untuk sambutan Merdeka 2019.

Mulanya aku malas buat baju Zayyad sebab rasa macam tak berbaloi kalau jahit untuk pakai satu hari je. Pastu pulak ibu bapa yang lain tak bagi nama pon untuk joint pertandingan tu.
Tiba-tiba lagi 2 hari nak pertandingan, baru aku buat keputusan nak jahit. Hahaha, nasib baik Jakel Ostia tu dekat dengan rumah je.. senang nak beli kain last minute macam ni.

Aku beli 4 jenis warna bendera iaitu merah, biru, kuning, dan putih dengan harga RM28.00 sahaja.
Agak-agak RM7.00 untuk semeter.

Alhamdulillah dah siap dalam tempoh 1 hari je.. Dari pukul 3.00 petang sampai ke malam aku menjahit. 

Siap ada tengkolok dan keris lagi. Keris ni aku jahit guna kain felt, dalamnya aku letak kapas macam isi bantal tu.

Maka dapatlah Zayyad bergembira sambut Merdeka dengan kawan-kawan kat sekolah tu. Walaupun buat last minute dan rasa penat.. aku puas hati sangat sebab dapat bagi pengalaman Zayyad kumpul memori yang indah masa zaman sekolah kecil dia ni. 




Pendekar Mustar Kampung Pinang 2 Batang.. 😜







Amboi..


Nah...


Ewah...

Aku tiru pattern dari group Geng Jahit.. 
Berjaya jugaklah walaupun tak sebijik macam dalam gambar tu. 😍😍😍