Wednesday, June 20, 2012

Manik untuk Officemate Aisyah



Alhamdulillah dapat jugak update blog hari ni, dah lama sangat senyap. Bukan apa, NANA malas nak upload gambar jer, setakat ni tempahan memang berjalan macam biasa. Baru-baru ni NANA ada jahit Baju Kurung 2 pasang, Baju Pesak Gantung 2 pasang dan jahit Manik pada lengan baju 2 pasang gak. Alhamdulillah masih diberi kepercayaan untuk menjahit lagi, Terima Kasih pada officemate adik NANA, Aisyah.

Inilah hasil jahitan manik yang telah siap. Tapi, jahitan baju kurung tak ada gambar lak, malas nak amek gambarnya hari tu, sebab siapkan dalam keadaan tergesa-gesa. Insya Allah, kalau ada kesempatan lagi, NANA akan upload gak tempahan baju yang berjaya disiapkan :)






Ha.. ni ajelah gambar jahitan manik pada hujung lengan baju kurung :)

Wednesday, January 4, 2012

Brooch Bunga : Part 3

 Alhamdulillah.. 
Hehe~ Lama dah NANA tak update Brooch Bunga ni. Kali ni banyak jugak NANA dapat buat.. ada dalam 190 biji semuanya. Tara~

Ni edisi lepas gian sebab dah lama tak buat Brooch Bunga. 
Rindu plak nak buat hari tu, sampai sakit tangan NANA buat, hehehe..


 Saiz
Brooch Bunga NANA

 Ashiteru = i LOVE u

















Monday, November 28, 2011

Cushion Cover : Part 1

Ni koleksi pertama Cushion Cover yang NANA buat dan ianya  untuk Majlis Perkahwinan Cath jugak. Hehehe~ Banyak tempahan dari Cath sebenarnya masa tu.

Cushion Cover ni NANA letak riben kat tengah-tengah untuk di ikat bersama dengan Cincin Hantaran Perkahwinan :)

 Bunga-bunga ros ni semua antara 300 biji bunga yang NANA buat sendiri. 

Ini design yang pertama.

  Bunga-bunga ni boleh diubah suai yer. Maknanya boleh ditanggalkan sebab kat belakang nya ada pin. Senang jugak untuk di basuh nanti kalau kotor. 



 Ini pulak design yang kedua. NANA buat bentuk riben besar menggunakan kain organza.

 Kat tengah nya NANA letak bunga ros dan riben, yang ini pun boleh ikat cincin juga~

 Yang ketiga ni simple sikit, bunga bentuk daisy ni guna kain felt yang agak tebal sikit. Dan, riben di tengah tu untuk ikat cincin juga~

Flower Ball

Kali ni nak share gambar Flower Ball yang NANA buat untuk
  majlis perkahwinan Catherine dulu. 
Hehehe, punyalah lama nak upload pic ni dalam blog. Sekarang ni Cath dah pun mengandung 6 bulan.

Ala~ janji ada upload jugak kan daripada tak ada..

 Bunga-bunga ros ni semua NANA buat sendiri guna kain satin.Ada dalam 300 biji bunga semua yang NANA buat. Lenguh ni~ Sebab selain buat Flower Ball ni, NANA ada buat benda lain lagi, nanti NANA upload gambarnyer yer..

Flower Ball semua ni Cath buat gantung kat siling rumah dia.

 Yang ni Flower Ball untuk majlis perasmian. Hehehe.. Masa pengantin nak masuk rumah, kene potong riben dulu. Sebab tu NANA buat banyak rambu-rambu kat bawah Flower Ball tu. Ala-ala gitu~


 Ni contoh Flower Ball yang dah digantung.


Brooch Bunga : Koleksi NANA

Alhamdulillah..

Kali ni NANA saja nak share koleksi Brooch Bunga yang NANA dah pernah buat. Banyak jugak yang dah dijual, Alhamdulillah.. Dapat jugak lah duit kan, daripada tak ada langsung~ hehehe~



 Seronok tengok.. Warna-warni...

Rasa nak makan lak.. nyum-nyum :)

Sebenarnya NANA buat Broooch Bunga ni untuk suka-suka pakai sendiri jer. Adik NANA, Aisyah ada pakai Brooch Bunga NANA ni kat opis dia, pastu member opis Aisyah minat lak dan minta NANA buatkan lagi untuk  dorang.. Hehehe, apa lagi... dari  situlah NANA terus buat.. dan buat... dan buat..

Tak sangka banyak gak yang dah beli. Alhamdulillah setakat ni NANA rasa dah buat lebih 500 biji Brooch Bunga semuanya. Dah sampai jual kat Kelantan, Putrajaya, Melaka, dan semestinya Kuala Lumpur.

NANA akan terus buat lagi~ hehehe.. Insya Allah.

Ni koleksi masa kali pertama buat.. Tak banyak pun, sebab buat untuk suka-suka jer.

Ni koleksi kali ke dua pulak, banyak sikit lah, sebab permintaan dah bertambah.. hehehe..

Lepas tu, koleksi kali ke tiga makin lama buat, makin seronok sebab makin ramai yang nak.. 

 Yang koleksi  kali ke empat ni pun banyak gak buat.

 Untuk koleksi  kali ke lima, kalau tak silap Yuzi tolong jualkan kat opis dia.

Ni pulak koleksi kali ke enam, banyak kan~

Ni pun Yuzi jualkan gak untuk koleksi kali ke tujuh.

Yang terbaru koleksi kali ke lapan.

Sebenarnya ada lagi koleksi Brooch Bunga yang NANA tak ambil gambar.
 Hehehe~ Banyak sangat, tak larat~

Thursday, November 3, 2011

Cushion Cover : Part 3

Kali ni NANA nak kongsi Cover Cushion yang telah dijahit. 
Sebenarnya kain ni semua adlah dari lebihan kain langsir yang di olah menjadi Cover Cushion.
ALhamdulillah.. NANA dah siapkan 15 kesemuanya. 


 NANA dah berjaya buat 4 design... lepas ni nak cuba buat design yang lain lagi, Insya Allah.

 Ni bahagian depan.

 Ni pulak, bahagian belakang.







Alhamdulillah.. akan di buat lagi untuk masa akan datang, Insya Allah :)