Monday, November 4, 2019
Baju Anak Mak Lang
Baju untuk anak-anak Mijah A.K.A Mak Lang..
Aku siapkan sebelum pergi bercuti ke Kundasang Sabah.
Nak bagi anak-anak Mijah pakai baju baru.
Ada terselit baju untuk Mijah jugak..
Ni seluar untuk Kak Long Zati.. Ada 3 ye..
Baju tidur untuk Kak Ani
Last sekali.. Baju untuk Abang Harith..
Ni kain lebih dari jahit baju tidur Zayyad.
Sunday, October 13, 2019
Baju asoo Mak Lang
Baju ini diberi nama Baju Asoo sebab memang selalu nampak asoo @ nyonya pakai kalau pergi pasar. Sesuai untuk kemas rumah, selesa sangat pakai...
Design macam baju budak-budak, tapi saiz dewasa la..
Agak-agak kalau nak rasa macam anak-anak kecil, boleh la pakai baju macam ni.
Upah jahit untuk sepasang Mak Lang kene bayar RM25.00.
Baju ni Mak Lang ambil 2 pasang..
Baju Mak Long Zayyad
Baju contoh macam design Jatika, requested by Mak Long Zayyad a.k.a akak aku.
Ok.. dah siapkan 2 pasang..
Kok lin nak tambah poket kat depan dan
tambah labuh kat belakang punggung. Seluar design palazo.
Upah jahit untuk sepasang aku ambil RM25.00.
Ni harga untuk famili aku je.. Aku tak ambil tempahan lain.
I is malas.. hahaha..
Poket depan :)
![]() |
| Baju corak |
![]() |
| Baju putih |
![]() |
Thursday, September 12, 2019
Baju Merdeka Zayyad
Dah lama tak buat projek jahit-jahit ni. Baru-baru ni kat skolah taska Zayyad ada pertandingan mewarna dan pakaian merdeka untuk sambutan Merdeka 2019.
Mulanya aku malas buat baju Zayyad sebab rasa macam tak berbaloi kalau jahit untuk pakai satu hari je. Pastu pulak ibu bapa yang lain tak bagi nama pon untuk joint pertandingan tu.
Tiba-tiba lagi 2 hari nak pertandingan, baru aku buat keputusan nak jahit. Hahaha, nasib baik Jakel Ostia tu dekat dengan rumah je.. senang nak beli kain last minute macam ni.
Aku beli 4 jenis warna bendera iaitu merah, biru, kuning, dan putih dengan harga RM28.00 sahaja.
Agak-agak RM7.00 untuk semeter.
Alhamdulillah dah siap dalam tempoh 1 hari je.. Dari pukul 3.00 petang sampai ke malam aku menjahit.
Siap ada tengkolok dan keris lagi. Keris ni aku jahit guna kain felt, dalamnya aku letak kapas macam isi bantal tu.
Maka dapatlah Zayyad bergembira sambut Merdeka dengan kawan-kawan kat sekolah tu. Walaupun buat last minute dan rasa penat.. aku puas hati sangat sebab dapat bagi pengalaman Zayyad kumpul memori yang indah masa zaman sekolah kecil dia ni.
Pendekar Mustar Kampung Pinang 2 Batang.. 😜
Amboi..
Nah...
Ewah...
Aku tiru pattern dari group Geng Jahit..
Berjaya jugaklah walaupun tak sebijik macam dalam gambar tu. 😍😍😍
Subscribe to:
Posts (Atom)














































