Counter

Followers

Wednesday, March 30, 2011

Jahit Baju Kurung Riau dan Manik

Ni NANA nak tunjuk hasil air tangan NANA. Member opis, Hidayah  suruh NANA jahit  baju. Tapi NANA tak ambil tempahan jahit baju, tak teror sangat. Untuk jahit baju NANA dan keluarga boleh lah.

Dan, Alhamdulillah, hasilnya tidak mengecewakan.. Hahahaha... Boleh perbaiki mutu jahitan baju untuk masa akan datang. Jenis jahitan pada baju ialah, Baju Kurung Riau. Bahagian kain NANA buat silang lipat. Tapi kain dah hantar pada Hidayah. Cuma dapat tunjuk Baju dan Manik jer di sini. 

Sebenarnya nak cerita pasal Jahitan Manik pada baju Hidayah ni.. Corak yang diminta pada lengan dan leher baju.. Nikmatilah hasilnya.. 

Baju Kurung Riau Hidayah.

Jahitan pada Lengan Baju Hidayah.

Lengan Baju Hidayah.

Leher Baju Hidayah.

Hasil semua jahitan manik pada lengan dan leher.
Brooch ni tambahan jer. Bukan jahit terus lekat pada baju. Ada pin kat belakang Brooch tu. Boleh letak di pin pada tudung masa nak pakai baju ni nanti.



Ni sajer buat untuk Hidayah sebab ada kain lebih. Tengok tu, dapat  Brooch lagi.. Memang kelas JAHITAN NANA..

Kalau nak beli, NANA jual 1 Brooch harga RM 3.00. Saiz Brooch memang mengancam.. (Masuk lip tekan sendirik) hahaha...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...