Sunday, November 25, 2018

Baju sekolah untuk Zayyad





Zayyad minta baju melayu untuk pakai ke tadika hari jumaat. 
Untung mak dia tukang jahit, order je..😉😉


Kain putih ni lebih daripada kain yang aku pernah jahit untuk anak buah tahun lepas. Dah setahun aku peram,  pastu jahit untuk Zayyad pula.

Sampin corak dinosaur. 
Mulanya Zayyad minta sampin warna hijau, tapi kain hijau dah abis aku jahit beg.
Makanya, guna saja kain yang ada. 😜😜😜

Dah pandai dah jahit poket baju melayu, cuma kena kemaskan saja di masa akan datang. 
Ni Ina yang ajar, kalau tak, memang aku jahit poket tu petak jelah.


Kamen Rider Zayyad da sedia untuk ke sekolah...
😛😛😛

Sunday, November 18, 2018

Baju Kerja aku lagi

Menjahit baju untuk kerja 2 pasang.
Cuma guna 1 meter untuk kain dan 1 meter untuk baju.
Kain corak nenas ni RM20.00 semeter. Kain corak bunga RM10.00 semeter.






Alhamdulillah, fabrik sejuk.

Kamen Rider Belt

Semalam aku offer Zayyad, " Nak tak mama buat tali pinggang Kamen Rider?"
Gembira betul Zayyad, siap tolong aku lagi.
Baik betul dia bila mama buatkan mainan untuk dia. Hahaha..

"Mama, buatkan cincin kuasa Api dengan kuasa Air boleh tak?"
"Boleh Zayyad, ni mama buatkan cincin Z untuk Zayyad"
Yey.... 👦💖💖💖


"Silakan.."
"Masa untuk berubah.. berubah..."
Ni dialog Zayyad dok ulang-ulang banyak kali. Seronok dia guna dialog cerita Kamen Rider.

Alhamdulillah, Jimat lagi.
Sebenarnya aku buat hadiah  belt dan cincin Kamen Rider untuk Zayyad sebab Zayyad behave sangat masa jalan-jalan pergi IOI Mall kelmarin. 

Kami masuk kedai mainan patung, mahal sangat harganya.
Zayyad minta, " Mama nak beli ni bole?"
Aku cakap, "Zayyad tengok jelah, mahal sangat ni."
Zayyad tengok-tengok je. Paham betul dia.

Aduh.. Terharu aku.
Masa dalam IOI Mall tu, aku nak bawak Zayyad pergi playground kat tepi Ice-skating tu. Sebelum tu aku bisik kat Zayyad, "Kalau harga mahal, kita tak payah masuk tau sebab mama tak cukup duit, kalau tak mahal kita masuk."
Bila sampai kat kaunter, perghhh.. RM55 sekali masuk untuk kids, bapak mahal. Aku bagitau Zayyad, "Ala.. mahal la Zayyad, tak jadi ye Zayyad"
Zayyad paham, tak marah pon kat aku. 

Sedih aku tak dapat bagi Zayyad masuk. Tapi aku syukur sebab anak aku paham, tak ngamuk kat situ.

Pastu kami pusing-pusing dalam Mall tu, ada kedai Minion.  Zayyad pegang pencil case minion kat kedai tu. "Mama, nak beli ni boleh?"
Aku geleng, "Tak boleh sayang, mahal tu"
Zayyad tengok je.. Aduh sedih terharu aku.
Kalau mama banyak duit, kalau barang tak mahal, mama beli je..
Anak aku paham, Alhamdulillah.. Masih behave. Good boy mama :)

Ya Allah, kenapa barang-barang mahal kat situ? Aku tengok macam oarang-orang kaya je yang datang Mall tu. Macam aku ni tahap miskin gaban. Adoi, berapalah gaji mak bapak budak-budak tu. Selamber je beli untuk anak-anak dorang.

Sebelum balik tu, aku belanja Zayyad donut Big Apple 2 ketul. Bahagia diaa makan. Aku lebih bahagia sebab anak aku paham tak merengek bila tak dapat main mainan mahal.

Bagus perangai Zayyad, dapat jalan keluar dari Mall pon dah Bahagia. Insya Allah jadi anak soleh mama baba dari dunia akhirat ye sayang. 💝💝💝


Busy Book untuk Zayyad



Seronok minggu lepas buat projek busy book untuk Zayyad.
Macam-macam contoh yang aku ambil dari internet, tapi yang aku berjaya buat ni jelah..
Hahaha, seronok tengok macam-macam warna ada.

Kain felt ni beli 2 kali. Mula-mula beli postage kat Shirly 8 meter. 1 Meter RM4.90 saja.
Beli kain dah sampai, macam tak cukup warna pulak.. Aku order suami minta belikan lagi.. hahaha..


Dari Shirly
Kain  Felt 8 meter : RM39.20
Kain knit cotton Sam 1 meter Fireman : RM25.00
Postage : RM 10.00

Ha.. Total semua.. RM74.20

Dari Lazada
 Kain Felt : RM 28.90
Postage : RM5.00

Total RM 33.90 (Suami belanja, pow saja 💖💖💖 Hahaha)

Sehari suntuk buat Busy Book ni dari pagi sampai malam. Siap dengan Zayyad teman buat sampai pukul 10.00 malam. Biasa Zayyad tido pukul 9.30 malam, tapi semangat dia tunggu aku buat buku dia..

Buat anak-anak ikan yang comel

Ayat ni Zayyad suka..
"Zayyad tolong basuh baju.. pastu tolong sidai baju"
" Baik mama"


"Mama, buat la aiskrim"
Nah , mama buatkan untuk Zayyad.

Lori Bomba.. neno.. neno..

Beruskan gigi buaya tu..


Perisai Captain America.

Seronok Zayyad main. Mama pon seronok juga.
Alhamdulillahm, jimat buat sendiri tak payah beli. Harga jualan sampai RM150 tau, mahal betul.

Kan untung pandai jahit.. Alhamdulillah..