Monday, July 23, 2018

Inner Lengan, Skirt dan Seluar Sukan Patuh Syariat

Projek cuti minggu lepas. Order dari adik ku, Nabilah yang minta buatkan inner lengan baju dan skirt hitam untuk pakai pergi kerja dan jalan-jalan.

Mulanya aku beli kain remnant je, tapi tak cukup untuk jahit inner sebab ira kain tak cukup. Untuk kain remnant, aku dapat jahit seluar sukan dan skirt pink sahaja.


Untuk inner dan skirt warna hitam ni aku guna 2 meter beli kain baru. 
Jahit untuk adik ku Cik Bella @ Nabilah.

Ada potensi jadi model tak? Baju dan seluar yang aku pakai tu pon aku jahit sendiri gak.
Tak ingat bila aku beli kain ni. Guna 1 meter je, ngam-ngam untuk aku sorang. Dapat seluar pendek paras lutut dan t shirt lengan pendek untuk pakai di rumah.

Ni kain remnant memang saiz ngam-ngam dapat 1 skirt ni je. 
Jahit untuk adik ku Mijah pergi zumba sumbi 😊


Ok la kan.. tak adalah singkat kalau pakai dengan t shirt dan jeans. 
Baju belang ni aku jahit sendiri juga, untuk pakai di rumah.

Seluar sukan kain knit cotton @ dari jenis kain t shirt. Sangat selesa, sejuk dan yang penting patuh syariat tak ketat ye. Tak macam yang orang jual kat pasaran tu, ketat tersembul.
Guna 1 meter kain je, bidang besar sebab tu muat untk buat skirt sekali.
Ni memang limited, jahit untuk Mijah juga.



Kain jenis sama tapi jahit untuk adik ku Aisyah.


Ni jahit untuk diri sendiri 😝😝😝

Boleh pusing kiri ke kanan ye.. Fleksibel..

Selit order untuk kawan pejabat, Kak Ara minta buatkan purdah sebab nak pergi Haji minggu depan.
Insya Allah aku akan kesana juga, Amin..




No comments:

Post a Comment