Wednesday, August 23, 2017
Cloth Diaper
Kuning Hijau.. Olley..
Ni cloth diaper aku jahit untuk anak buah yg baru 4 bulan umur nye.. Spesel untuk Al-Fateh :)
Cuma pakai 2 lapisan je. Lapisan luar kain Pul kosong, tak ada corak. Bahagian dalam kain Microfleece (biasa untuk jahit teddy bear) sejuk kain ni.
Aku jahit 1 je pon, untuk suka-suka. Bahagian dalam nanti boleh letak lampin yang dilipat untuk serapan najis.
![]() |
| Pattern dari Google |
Wednesday, July 5, 2017
Baju Jalan Raya Zayyad 2017
Selamat Hari Raya.
11 Syawal 1438 H.
Tahun ni kami sekeluarga tak beli baju raya baru. Tapi, demi nak merayakan anak aku ni, aku gagahkan juga untuk jahit baju jalan dia. Baju melayu tahun lepas Zayyad masih muat lagi, sebab tu tak beli baru untuk tahun ni. Aku dan suami masih pakai baju lama yang macam baru lagi. (baju nikah masih cantik menawan)
Masa bulan puasa, aku ada beli kain jenis Knit Cotton @ kain jenis untuk jahit T-Shirt. Kain ni sejuk dan sesuai nntuk buat blouse gak. ( Gambar blouse aku upload lainkali).
Harga pon murah sebab beli direct kat supplier dari group Facebook.
Seronok anak aku bila dapat baju baru, aku pon seronok sebab dah jimat banyak daripada beli kat kedai.
Sebenarnya ada banyak lagi yang dah siap jahit dari kain Knit Cotton ni.. tapi tak sempat nak ambil gambar. Nanti klu ada masa, aku upload lagi.
11 Syawal 1438 H.
Tahun ni kami sekeluarga tak beli baju raya baru. Tapi, demi nak merayakan anak aku ni, aku gagahkan juga untuk jahit baju jalan dia. Baju melayu tahun lepas Zayyad masih muat lagi, sebab tu tak beli baru untuk tahun ni. Aku dan suami masih pakai baju lama yang macam baru lagi. (baju nikah masih cantik menawan)
Masa bulan puasa, aku ada beli kain jenis Knit Cotton @ kain jenis untuk jahit T-Shirt. Kain ni sejuk dan sesuai nntuk buat blouse gak. ( Gambar blouse aku upload lainkali).
Harga pon murah sebab beli direct kat supplier dari group Facebook.
Seronok anak aku bila dapat baju baru, aku pon seronok sebab dah jimat banyak daripada beli kat kedai.
![]() |
| Robocar Poli.. here we go.... |
![]() |
| Mc Queen.. cak..cak.. |
Monday, May 8, 2017
Jeans Recycle
Dengan menggunakan seluar jeans lama laki aku, maka terhasilah lagi barang kraft ciptaan aku. Memang seronok bila dah siap jadi beg macam ni.
Tapi, yang sedihnya mesih jahit rosak sebab jahit tebal sangat. Mesin jahit aku jenis portable untuk kegunaan biasa je. Tapi bila dah jahit tebal-tebal, jahitan tu jadi lompat-lompat. Hmmm.. kena anta servis kat umah mak. :(

Baju Melayu Tariq 2017
Bulan lepas aku ada menjahit baju melayu untuk anak Zura yang umur 5 tahun kot (haha, aku pon lupa umur dia). Tahun 2012 pon pernah jahit gak baju anak Zura ni.
Alhamdulillah.. dah siap pon. Baju ni untuk dipakai di taska pada setiap hari Jumaat.
Alhamdulillah.. dah siap pon. Baju ni untuk dipakai di taska pada setiap hari Jumaat.
Insya Allah moga makin banyak aku menjahit lagi lepas ni.. :)
Friday, April 14, 2017
Beg Solat dan Botol Air
Ni saje nak update Beg Solat yang di minta oleh akak aku. Sebenarnya aku offer akak aku Beg Botol Air, tapi dia minta Beg Solat plak.. Hadiah kasih sayang :)
Sudahnya, aku jahit Beg Botol Air untuk dan Zayyad je. Tapi gambar Zayyad punya nantilah aku update, lupa nak ambil gambar.
![]() |
| Beg Solat |
![]() |
| Ni bekas Botol Air aku |
Rajin lagi
Kali ni aku jahit Nursing Pad untuk adik aku. Fabrik cover guna kain Cotton Flannel, fabrik dalam guna kain dari baju t-shirt lama. Recycle la kan, buat apa membazir :) hahaha
Cloth Pad
Pernah dengar Cloth Pad tak? Ha.. ni nak bagi tau.. Orang tua dulu-dulu masa datang bulan @ period mana ada guna pad @ sanita bagai. Mereka guna kain batik lama yang lipat-lipat je, pastu dah guna basuh.
Zaman sekarang sebab teknologi dah maju dan berkembang guna pad yang macam-macam jenama kat pasaran. Tapi rupanya kat luar negara omputih yang lebih maju dari kita kat Malaysia ni, mereka guna kain semula sebab lebih mementingkan alam sekitar.
Jangan risau BOCOR ye, sebab dalam Cloth Pad ni ada fabrik Pul untuk elakkan masalah kebocoran.
Cloth Pad yang aku jahit memang tebal. Ni aku ada terangkan lapisan yang aku guna...
- Lapisan Minky Flecee
- Lapisan Bamboo Fleece
- Lapisan Microfiber
- Lapisan Kain Pul (plastik)
- Lapisan Kain Cotton (corak)
Bagi aku yang baru sedar kebaikan Cloth Pad ni, banyak kebaikan yang aku alami. Memang jimat lah, bulan-bulan dah tak payah beli pad lagi :) hahaha
Mulanya akak aku yang pakai dulu. Dia beli kat online je, harga memang mahal sebab fabrik yang digunakan memang mahal. Banyak lapisan dalam Cloth Pad tu. Pastu akak aku suruh aku jahit untuk dia dan cadangkan untuk aku buat jualan.
Alhamdulillah, aku dah mula jahit Cloth Pad ni. Nanti ada masa aku jahit lagi, ni lah hasil Cloth Pad yang dah berjaya dijahit dan telah dipakai oleh adik-beradik aku. Jual kat adik beradik dulu. Nanti rajin jahit banyak-banyak, bleh jual kat orang lain lak, hahaha :)
![]() |
| Ini yang First Bath, aku jahit saiz Panty Liner. |
![]() |
| Panty Liner aku jahit ni.. Bukan dari pakcik Google ye.. hahaha.. |
![]() |
| Ini saiz Maxi untuk aliran banyak (Heavy Flow) |
![]() |
| Saiz Maxi ni selesa.. Tengok sendiri la saiznya :) |
![]() |
| Contoh lipatan kalau dah guna. Lipat kat sayap dan tekan snap button pada panty. Kukuh macam korang pakai maxi wing pad tu, cuma yang ini tak de gam, guna snap button untuk lekapan je. |
![]() |
| Ini Maxi untuk Aisyah |
![]() |
| Pul Bag ada tali, senang nak gantung dalam tandas. |
Wednesday, August 3, 2016
Monday, August 1, 2016
Dah lama tak menjahit..
Rindu nak aktif menjahit macam dulu. Insya Allah, dalam perancangan nak beli mesin jahit tepi. Aku dah survey brand Singer yang 3 benang 1 jarum tu..
Antara sebab aku nak menjahit balik ni... sebab mahal lah nak beli baju yang da siap kat kedai. Melampau sangat harganya, sedangkan jahit biasa je.. aku pun bleh buat..
Tunggu kedatangan mesin baru ke rumah. Aku pon ada cadang nak buat tempat khas untuk aku menjahit nanti. Walaupun tak cantik deco tempat tu nanti, asalkan aku bleh letak barang-barang jahit aku, dah memadai.
Ha.. nilah baju Raya Aidilfitri 2016 yang dijahit sendiri :) seronok bila dah kembali menjahit.. Tak sabar nak jahit lagi dan lagi.. dan lagi.. Almaklumlah.. dekat 3 tahun aku menyepi dari menjahit ni.
Oklah.. nanti mesin jahit sampai, aku update lagi ye..
Oklah.. nanti mesin jahit sampai, aku update lagi ye..
Subscribe to:
Posts (Atom)