Monday, October 15, 2018

Kurung A Cut

Baru berkesempatan nak upload baju yang aku jahit. Ada 6 pasang semuanya.
3 pasang teah dijual, dan 3 pasang lagi hadiah untuk diri sendiri untuk dipakai Raya Qurban lepas.












Sunday, July 29, 2018

Seluar Skirt Askar


Baru jahit waktu malam, esoknya terus pakai picnic.
Seluar celoreng askar.

Baru pakai nak eksen kat famili masa picnic, adik ku nampak nak pulak seluar yang sama. 
Comel katanya.. 😝😝😝

Jadi.. lepas aku pakai seharian seluar tu, aku pon jual kat adik aku tu.. Tq beli ye Mijah..
Haha.. seronok kan.. pakai sekejap jadi model, terus orang sambar nak beli..

Okeh.. nanti nak jahit banyak-banyak lagi. 
Macam biasa la kain knit cotton beli kat shirly 💓💓💓

Monday, July 23, 2018

Inner Lengan, Skirt dan Seluar Sukan Patuh Syariat

Projek cuti minggu lepas. Order dari adik ku, Nabilah yang minta buatkan inner lengan baju dan skirt hitam untuk pakai pergi kerja dan jalan-jalan.

Mulanya aku beli kain remnant je, tapi tak cukup untuk jahit inner sebab ira kain tak cukup. Untuk kain remnant, aku dapat jahit seluar sukan dan skirt pink sahaja.


Untuk inner dan skirt warna hitam ni aku guna 2 meter beli kain baru. 
Jahit untuk adik ku Cik Bella @ Nabilah.

Ada potensi jadi model tak? Baju dan seluar yang aku pakai tu pon aku jahit sendiri gak.
Tak ingat bila aku beli kain ni. Guna 1 meter je, ngam-ngam untuk aku sorang. Dapat seluar pendek paras lutut dan t shirt lengan pendek untuk pakai di rumah.

Ni kain remnant memang saiz ngam-ngam dapat 1 skirt ni je. 
Jahit untuk adik ku Mijah pergi zumba sumbi 😊


Ok la kan.. tak adalah singkat kalau pakai dengan t shirt dan jeans. 
Baju belang ni aku jahit sendiri juga, untuk pakai di rumah.

Seluar sukan kain knit cotton @ dari jenis kain t shirt. Sangat selesa, sejuk dan yang penting patuh syariat tak ketat ye. Tak macam yang orang jual kat pasaran tu, ketat tersembul.
Guna 1 meter kain je, bidang besar sebab tu muat untk buat skirt sekali.
Ni memang limited, jahit untuk Mijah juga.



Kain jenis sama tapi jahit untuk adik ku Aisyah.


Ni jahit untuk diri sendiri 😝😝😝

Boleh pusing kiri ke kanan ye.. Fleksibel..

Selit order untuk kawan pejabat, Kak Ara minta buatkan purdah sebab nak pergi Haji minggu depan.
Insya Allah aku akan kesana juga, Amin..




Sarung Tilam baru

Kain ni dah beli lama.. tapi baru ada mood menjahit.
Tak ingat beli berapa meter, tapi dapat jahit 4 sarung bantal besar, 
1 sarung bantal peluk dan 1 bantal kecil. 

Ni untuk set bilik aku dan suami.


 Ni pula untuk anak kesayangan mama.. Zayyad suka Bumblebee... Bagus juga jahit sarung tilam gambar katon macam ni. Zayyad baru umur 4 tahun, dah boleh tidur sendiri dalam bilik dia. Cuma kena teman masa mula nak tidur je, bed time story sikit kisah Nabi atau kisah-kisah teladan. 
Lepas Zayyad dah lena aku bangun tidur bilik aku pula. 😚😚😚


Cloth Pad : Panty Liner Lagi

Agak banyak aku jahit sekaligus kali ni.
Tak ada orang order pon, saja habiskan sisa kain yang ada.
Mood tengah baik nak menjahit 💖💖💖








 Fabric minky yang aku guna ni ada gambar bear yang comel 🐻🐻🐻.

Kain ni dapat masa beli kain remnant dengan shirly kat link ni. 
Agak lama juga kan, entry pon Disember 2017 😜😜😜
Nama saja remnant, tapi kualiti A+++ memang puas hati.

Sarung bantal Cik Cah


Kali ni aku jahit sarung bantal untuk adik aku pula, Cik Cah.

Ada 4 sarung bantal besar, 2 sarung bantal peluk. 



Akhir sekali, ada kain lebih aku jahit tote bag 😍😍😍



Monday, July 2, 2018

Beg Solat untuk Mak dan Kak Ju

Jahitan untuk beg ni aku guna kain jenis  Kanvas. 
Kain ni tebal sesuai untuk jahit cushion, langsir dan beg.

Semua beg yang dijahit menggunakan 1 meter kain sahaja.
Hasilnya.. dapatla 3 beg yang berzip dan 2 tote bag, serta 2 beg kecil untuk letak duit syiling. 


Beg ni mak yang minta untuk letak beg duit, senang nak pergi pasar beli barang.


Ni pulak beg untuk Kak Ju yang dah bersara minggu lepas. Kak Ju minta beg untuk letak telekung solat. Suka Kak Ju dapat beg ni 😍😍😍




Cloth Pad Panty Liner

Kali ni aku jahit 7 Cloth Pad jenis Panty Liner untuk adik ku, Cik Cah..

Lapisan yang digunakan.
 Lapisan Pertama : Kain Micro Fleece (Lapisan paling atas yang sentuh pada kulit)
 Lapisan Kedua : Kain Bamboo (Kain berkualiti untuk lebih serapan dan lebih bersih)
Lapisan Ketiga : Kain Pul ( Kain plastik untuk elak kebocoran)
Lapisan Keempat : Kain Cotton ( Kain corak)
 Untuk Cloth Pad jenis Panty Liner ni setiap lapisan menggunakan sehelai sahaja kain. 
Panty Liner untuk kegunaan harian, memang nipis je.

Kalau untuk Cloth Pad kegunaan period, lapisan kedua akan menggunakan 3 atau 4 lapisan kain. Biasanya untuk Cloth Pad Period, aku guna kain Microfiber. Kalau nak guna kain Bamboo pon boleh, tapi Bamboo mahal la 😅😅😅.








Ok tu je..

 Sebenarnya ak ada jahit lagi 3 Panty Liner dan 3 Cloth Pad medium flow untuk adik ku Mijah. 
Tapi tak sempat nak ambil gambar. Dah bagi pon pada Mijah 😍😍

Sunday, June 24, 2018

Raya di Decathlon

Sedondon raya di Decathlon.
Kat sini link baju truck yang dah siap dijahit.
Kain  truck ni aku guna 1 meter dan kain belang aku guna setengah meter je. Kalau nak diikutkan, memang tak dapat jahit baju untuk aku sebab baki kain tinggal sikit je.

Aku pun usaha tambah kain belang kat lengan dan buat ruffle kat bahagian bawah baju untuk bagi labuh. Alhamdulillah jadi pon.. Paling best bila kami pakai beraya, ramai yang suka tengok.
 Siap ada nk tempah lagi. 😆😆😆

Tapi tulah, aku takut tak sempat je nak ambil tempahan. Aku kan jahit ikut mood. Kalau mood menjahit datang, sampai sakit tangan & bahu ni buat kerja. Kalau malas, memang aku longgokan je kain-kain tu. 😅😅😅

 Boleh buat pakai jalan-jalan.

Zayyad seronok main skooter.


Aku seronok main basikal.. Hahaha..
Ni bukti aku boleh bawak basikal ye..

Kenapa bukti???
Sebab, aku baru pandai bawak basikal di usia 30-an.. kesian kan..
dulu masa kecil memang tak pandai langsung.
Nasib dah kahwin, ada suami yang ajarkan.. 😉😉😉

Raya tahun ni seronok sangat.. Alhamdulillah..
Terima kasih Allah. 💗💗💗💗



Monday, June 18, 2018

Alas kain kain perca knit cotton

Disebabkan aku sayang nak buang kain perca knit cotton  ni, maka aku pon dengan rajinnya buat alas kaki. Ha.. berguna jugak tau walaupun kain perca. 

Aku dah buat alas kaki macam ni 6 keping tau..



Raya Sakan


Ni gambar raya ke-2 di kampung Masjid Tanah, Melaka. 
Seronok bila pakai baju sedondon ramai-ramai.
Anak aku sorang je,  😆 yang ramai-ramai tu anak buah.

Ni gambar raya ke-3 di kampung Sabak Bernam, Selangor.
Baju ni aku jahit untuk Zayyad dan zauji. Kain corak Captain America adakat sini.

Raya ke-4 aku dah kerja. Tapi kat department opis ni aku sorang je yang ada. Nasib baik bawak Zayyad, adalah teman berbual dan gaduh 😉 
Baju raya Zayyad ni aku jahit kat sini. 


Ni baju baby 2 bulan new born yang aku jahit untuk kawan adik aku tu, anak Ika ada kat sini.
Alhamdulillah muat.. longgar boleh pakai lama. Aku takut ketat je, sebab memang aku jahit guna kuasa imaginasi je.. hahaha😝

Alhamdulillah semua baju raya yang aku jahit untuk anak buah muat dengan baik. Boleh la amek tempahan banyak-banyak lepas ni kan..

Moga aku lebih berjaya dimasa hadapan, boleh jahit dengan kemas dan selesa di pakai orang, 
Insya Allah, Amin...