Sunday, May 8, 2011

Manik Untuk Rasilah

Salam semua.. Alhamdulilah NANA dapat tempahan Jahit Manik lagi. Dan, Alhamdulillah juga NANA dah berjaya siapkan jahitan. Baju ini daripada RASILAH. 


Terima Kasih untuk Rasilah.. Moga berpuas hati dengan hasilnya..



Keterangan gambar :

1. Corak dari Internet.

2. Jahitan yang NANA jahit.. Olley..


 Jahitan Manik yang diminta adalah bahagian bawah baju.



 

  NANA ada jahit extra untuk bahagian lengan. Saja-saja tolong jahitkan, kalau tak nak, boleh buka.. huhuhu.. Pandai-pandai pulak usik kain orang yer.. :)

Jahit extra untuk lengan. Jahit sikit jer pon...

 Terima Kasih kerana tempah jahit manik dengan NANA. 
Untuk yang lain, sila-silah hantar baju untuk NANA jahitkan.. 

Tempahan Masih Dibuka..

Sunday, April 24, 2011

Manik Bunga Untuk Raihana


Alhamdulillah.. siap juga jahitan untuk RAIHANA.. Moga berpuas hati dengan hasil jahitan ni, Insya Allah.


Keterangan Gambar :

1. Corak manik yang NANA jahit adalah inspirasi dari corak INTERNET, 
seperti dalam gambar kecil di bawah ni.

2. Corak Manik yang NANA jahit sendiri.


NANA dah cuba buat yang terbaik. Dan, inilah hasilnya.

Bahagian Bawah Baju dan Lengan Baju

Close Up Lengan Baju



Sekian, Terima Kasih.. 

Thursday, March 31, 2011

Baju Baru Nana : Oren


NANA jahit baju baru lagi. Pastu siap ada manik kat hujung lengan..
Nikmati hasilnya.. Jangan lupa buat tempahan yer..

1

2

3

4
Macam biasa, ada Brooch Bunga lagi ending nyer.. Ni casing camera NANA, ada magnet sebab tu brooch tu boleh melekat.

Baju Baru, Manik Baru NANA


Ni baju baru kain cotton NANA jahit sendiri. Beli kain potong kat Nagoya, murah sikit. 
Kalau beli yang dah siap potong mahal. 

Gambar ni di ambil semalam masa tunggu kakak balik kerja. Sempat lagi tu ambil gambar. hahahaha... :)

1
2
 Jahitan hujung yang sangat simple dan MANIS.. erm, sangat sweet ler maknanyer... Yummy..
4

3
Ada  Brooch Bunga lagi.. Memang kelas..

Wednesday, March 30, 2011

Brooch Bunga

Nak buat sendiri? Senang saja caranya.
Jom ikut cara NANA buat.

Brooch Bunga Jahitan NANA
  Buat bentuk bulat, dan potong 6 helai.

 Ambil sehelai kain yang dah dipotong, dan lipat 2 bahagian macam dalam gambar tu.

 Kemudian, lipat lagi jadi 4 bahagian.

 Lipat zig-zag bahagian bawah tu, supaya jadi berkedut.

 Kemudian, masukkan jarum. Buat sampai 6 kelopak.

 Dan, cantumkan... Last skali, jahit butang di bahagian tengah. 

 Dah siap pun.. CAntik kan..

Tengok tu... ada bayak bunga.. Bunga-bunga Cinta Misha Omar.. hahahaha...

Corak Manik dari Internet

Susah nak dapatkan design untuk jahit manik? Di sini NANA ada tunjukkan contoh jahitan manik yang NANA dapat dari Internet.

Pilih atau padankan yang mana berkenan, lepas tu, NANA jahitkan... dan... ANDA bayarkan...

Sila.. Sila... Silalah... :)

Kalau nak suruh NANA buat design baru pun boleh.. Cakap saja, Insya Allah, NANA akan cuba sedaya boleh.. Chaiyok..Chaiyok.. 

Tempoh jahitan untuk satu baju dalam 3 hari.. Cepat siap, boleh pakai cepat..

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

Jahit Baju Kurung Riau dan Manik

Ni NANA nak tunjuk hasil air tangan NANA. Member opis, Hidayah  suruh NANA jahit  baju. Tapi NANA tak ambil tempahan jahit baju, tak teror sangat. Untuk jahit baju NANA dan keluarga boleh lah.

Dan, Alhamdulillah, hasilnya tidak mengecewakan.. Hahahaha... Boleh perbaiki mutu jahitan baju untuk masa akan datang. Jenis jahitan pada baju ialah, Baju Kurung Riau. Bahagian kain NANA buat silang lipat. Tapi kain dah hantar pada Hidayah. Cuma dapat tunjuk Baju dan Manik jer di sini. 

Sebenarnya nak cerita pasal Jahitan Manik pada baju Hidayah ni.. Corak yang diminta pada lengan dan leher baju.. Nikmatilah hasilnya.. 

Baju Kurung Riau Hidayah.

Jahitan pada Lengan Baju Hidayah.

Lengan Baju Hidayah.

Leher Baju Hidayah.

Hasil semua jahitan manik pada lengan dan leher.
Brooch ni tambahan jer. Bukan jahit terus lekat pada baju. Ada pin kat belakang Brooch tu. Boleh letak di pin pada tudung masa nak pakai baju ni nanti.



Ni sajer buat untuk Hidayah sebab ada kain lebih. Tengok tu, dapat  Brooch lagi.. Memang kelas JAHITAN NANA..

Kalau nak beli, NANA jual 1 Brooch harga RM 3.00. Saiz Brooch memang mengancam.. (Masuk lip tekan sendirik) hahaha...