Sunday, November 18, 2018

Kamen Rider Belt

Semalam aku offer Zayyad, " Nak tak mama buat tali pinggang Kamen Rider?"
Gembira betul Zayyad, siap tolong aku lagi.
Baik betul dia bila mama buatkan mainan untuk dia. Hahaha..

"Mama, buatkan cincin kuasa Api dengan kuasa Air boleh tak?"
"Boleh Zayyad, ni mama buatkan cincin Z untuk Zayyad"
Yey.... 👦💖💖💖


"Silakan.."
"Masa untuk berubah.. berubah..."
Ni dialog Zayyad dok ulang-ulang banyak kali. Seronok dia guna dialog cerita Kamen Rider.

Alhamdulillah, Jimat lagi.
Sebenarnya aku buat hadiah  belt dan cincin Kamen Rider untuk Zayyad sebab Zayyad behave sangat masa jalan-jalan pergi IOI Mall kelmarin. 

Kami masuk kedai mainan patung, mahal sangat harganya.
Zayyad minta, " Mama nak beli ni bole?"
Aku cakap, "Zayyad tengok jelah, mahal sangat ni."
Zayyad tengok-tengok je. Paham betul dia.

Aduh.. Terharu aku.
Masa dalam IOI Mall tu, aku nak bawak Zayyad pergi playground kat tepi Ice-skating tu. Sebelum tu aku bisik kat Zayyad, "Kalau harga mahal, kita tak payah masuk tau sebab mama tak cukup duit, kalau tak mahal kita masuk."
Bila sampai kat kaunter, perghhh.. RM55 sekali masuk untuk kids, bapak mahal. Aku bagitau Zayyad, "Ala.. mahal la Zayyad, tak jadi ye Zayyad"
Zayyad paham, tak marah pon kat aku. 

Sedih aku tak dapat bagi Zayyad masuk. Tapi aku syukur sebab anak aku paham, tak ngamuk kat situ.

Pastu kami pusing-pusing dalam Mall tu, ada kedai Minion.  Zayyad pegang pencil case minion kat kedai tu. "Mama, nak beli ni boleh?"
Aku geleng, "Tak boleh sayang, mahal tu"
Zayyad tengok je.. Aduh sedih terharu aku.
Kalau mama banyak duit, kalau barang tak mahal, mama beli je..
Anak aku paham, Alhamdulillah.. Masih behave. Good boy mama :)

Ya Allah, kenapa barang-barang mahal kat situ? Aku tengok macam oarang-orang kaya je yang datang Mall tu. Macam aku ni tahap miskin gaban. Adoi, berapalah gaji mak bapak budak-budak tu. Selamber je beli untuk anak-anak dorang.

Sebelum balik tu, aku belanja Zayyad donut Big Apple 2 ketul. Bahagia diaa makan. Aku lebih bahagia sebab anak aku paham tak merengek bila tak dapat main mainan mahal.

Bagus perangai Zayyad, dapat jalan keluar dari Mall pon dah Bahagia. Insya Allah jadi anak soleh mama baba dari dunia akhirat ye sayang. 💝💝💝


Busy Book untuk Zayyad



Seronok minggu lepas buat projek busy book untuk Zayyad.
Macam-macam contoh yang aku ambil dari internet, tapi yang aku berjaya buat ni jelah..
Hahaha, seronok tengok macam-macam warna ada.

Kain felt ni beli 2 kali. Mula-mula beli postage kat Shirly 8 meter. 1 Meter RM4.90 saja.
Beli kain dah sampai, macam tak cukup warna pulak.. Aku order suami minta belikan lagi.. hahaha..


Dari Shirly
Kain  Felt 8 meter : RM39.20
Kain knit cotton Sam 1 meter Fireman : RM25.00
Postage : RM 10.00

Ha.. Total semua.. RM74.20

Dari Lazada
 Kain Felt : RM 28.90
Postage : RM5.00

Total RM 33.90 (Suami belanja, pow saja 💖💖💖 Hahaha)

Sehari suntuk buat Busy Book ni dari pagi sampai malam. Siap dengan Zayyad teman buat sampai pukul 10.00 malam. Biasa Zayyad tido pukul 9.30 malam, tapi semangat dia tunggu aku buat buku dia..

Buat anak-anak ikan yang comel

Ayat ni Zayyad suka..
"Zayyad tolong basuh baju.. pastu tolong sidai baju"
" Baik mama"


"Mama, buat la aiskrim"
Nah , mama buatkan untuk Zayyad.

Lori Bomba.. neno.. neno..

Beruskan gigi buaya tu..


Perisai Captain America.

Seronok Zayyad main. Mama pon seronok juga.
Alhamdulillahm, jimat buat sendiri tak payah beli. Harga jualan sampai RM150 tau, mahal betul.

Kan untung pandai jahit.. Alhamdulillah..

Wednesday, October 17, 2018

Jahit untuk anak buah lagi

Seluar legging longgar utk anak buah, Izzati 11 tahun. Tak adalah legging sangat, memang longgar pon sebenarnya. 

Ni pula baju untuk anak buah, Muhammad yang dah 1 tahun lebih. Tapi, kalau Muhammad tak muat, boleh bagi kat bakal adik Muhammad nanti. Sebab makngah jahit pon ikut imaginasi je.. hahaha..

Mak ngah rasa Muhammad muat kot... 😇😇😇






Monday, October 15, 2018

Skirt Pants lagi..

Hasil jahitan aku skirt pant.

Kurung A Cut

Baru berkesempatan nak upload baju yang aku jahit. Ada 6 pasang semuanya.
3 pasang teah dijual, dan 3 pasang lagi hadiah untuk diri sendiri untuk dipakai Raya Qurban lepas.












Sunday, July 29, 2018

Seluar Skirt Askar


Baru jahit waktu malam, esoknya terus pakai picnic.
Seluar celoreng askar.

Baru pakai nak eksen kat famili masa picnic, adik ku nampak nak pulak seluar yang sama. 
Comel katanya.. 😝😝😝

Jadi.. lepas aku pakai seharian seluar tu, aku pon jual kat adik aku tu.. Tq beli ye Mijah..
Haha.. seronok kan.. pakai sekejap jadi model, terus orang sambar nak beli..

Okeh.. nanti nak jahit banyak-banyak lagi. 
Macam biasa la kain knit cotton beli kat shirly 💓💓💓

Monday, July 23, 2018

Inner Lengan, Skirt dan Seluar Sukan Patuh Syariat

Projek cuti minggu lepas. Order dari adik ku, Nabilah yang minta buatkan inner lengan baju dan skirt hitam untuk pakai pergi kerja dan jalan-jalan.

Mulanya aku beli kain remnant je, tapi tak cukup untuk jahit inner sebab ira kain tak cukup. Untuk kain remnant, aku dapat jahit seluar sukan dan skirt pink sahaja.


Untuk inner dan skirt warna hitam ni aku guna 2 meter beli kain baru. 
Jahit untuk adik ku Cik Bella @ Nabilah.

Ada potensi jadi model tak? Baju dan seluar yang aku pakai tu pon aku jahit sendiri gak.
Tak ingat bila aku beli kain ni. Guna 1 meter je, ngam-ngam untuk aku sorang. Dapat seluar pendek paras lutut dan t shirt lengan pendek untuk pakai di rumah.

Ni kain remnant memang saiz ngam-ngam dapat 1 skirt ni je. 
Jahit untuk adik ku Mijah pergi zumba sumbi 😊


Ok la kan.. tak adalah singkat kalau pakai dengan t shirt dan jeans. 
Baju belang ni aku jahit sendiri juga, untuk pakai di rumah.

Seluar sukan kain knit cotton @ dari jenis kain t shirt. Sangat selesa, sejuk dan yang penting patuh syariat tak ketat ye. Tak macam yang orang jual kat pasaran tu, ketat tersembul.
Guna 1 meter kain je, bidang besar sebab tu muat untk buat skirt sekali.
Ni memang limited, jahit untuk Mijah juga.



Kain jenis sama tapi jahit untuk adik ku Aisyah.


Ni jahit untuk diri sendiri 😝😝😝

Boleh pusing kiri ke kanan ye.. Fleksibel..

Selit order untuk kawan pejabat, Kak Ara minta buatkan purdah sebab nak pergi Haji minggu depan.
Insya Allah aku akan kesana juga, Amin..




Sarung Tilam baru

Kain ni dah beli lama.. tapi baru ada mood menjahit.
Tak ingat beli berapa meter, tapi dapat jahit 4 sarung bantal besar, 
1 sarung bantal peluk dan 1 bantal kecil. 

Ni untuk set bilik aku dan suami.


 Ni pula untuk anak kesayangan mama.. Zayyad suka Bumblebee... Bagus juga jahit sarung tilam gambar katon macam ni. Zayyad baru umur 4 tahun, dah boleh tidur sendiri dalam bilik dia. Cuma kena teman masa mula nak tidur je, bed time story sikit kisah Nabi atau kisah-kisah teladan. 
Lepas Zayyad dah lena aku bangun tidur bilik aku pula. 😚😚😚